2010/06/08
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang ditemui lemas di kawasan rekreasi di Ulu Yam Baru di sini, membuka semua pakaian sebelum ditinggalkan di tepi sungai dan mandi dalam keadaan telanjang bulat.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata mayat wanita berusia awal 20-an itu, ditemui terapung di Sungai Tembalik berhampiran kawasan tangki air Jalan Sungai Tua, Ulu Yam Baru. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mangsa dipercayai warga tempatan dan berbangsa Melayu. “Berdasarkan laporan bedah siasat mendapati dia lemas dan tiada unsur jenayah. Kami masih menyiasat kenapa dia datang ke kawasan rekreasi berseorangan dan mandi bogel,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, dia menyeru orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.
Semalam, akhbar ini melaporkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan bogel, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
hmetro
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...