Isnin, Jun 14, 2010

Siapa buat teks ucapan Najib?

Posting asal ini adalah di Facebook aku

Salam 1Malaysia yang kuat MENIPU.

Aku pagi nih berkesempatan membuka dan membaca beberapa blog. Last-last aku bukak Malaysiakini. Kira nih berita semalam la nih. Aku yang tak bukak semalam. Sila baca kat sini...

http://www0.malaysiakini.com/news/134388

So aku screenshot satu mende yang menarik perhatian aku.



PM 1Malaysia kata indeks kompetitif global Malaysia telah meningkat ke tangga 10 daripada 18. Siap berkata Anwar dan Pakatan Rakyat jangan perlekehkan kemampuan BN mentadbir Malaysia. Nah dengan kenaikan indek kompetitif global Najib berkata Malaysia lebih baik daripada Japan. Mak aih berlagak benor.

So aku ambik inisiatif untuk menge"check" apa yang dikatakan PM 1Malaysia nih. Bukan nak kata dia bohong tapi aku rasa macam ada yang tak kene dengan mende yang dicakap.

Aku tak sure kat Agensi maner yang buat indek tu tapi bila aku google keyword "global competitiveness", website ini yang keluar memula...

http://www.weforum.org/en/initiatives/gcp/Global%20Competitiveness%20Report/index.htm



jadi aku download pdf file dan aku aku cari Malaysia nih duk kat maner... Sah menipu... Malaysia duduk ditangga ke 24. Tahun lepas tangga 21. So kalau korang ambik math dalam PPSMI sekali pun aku rasa itu menurun bukan menaik. Aku tak puas hati. Aku google pulak guna keyword "global competitiveness malaysia". Nah sekali report yang dibuat oleh MITI sendiri. tak caya bukak link ini.

http://www.miti.gov.my/cms/genArticlePdf?id=com.tms.cms.article.Article_a6b32071-c0a81573-3a2f3a2f-91738c87



Jadinya sekarang siapa yang pandai menipu rakyat. Dah lah bagi ucapan kat Bukit Jalil. Kalau kat Batang Ai takpe jugak. Capaian internet sangatlah mengecewakan.

Ha nih, saya bukan ahli politik BN atau Pakatan Rakyat dan saya anak muda. Saya nak pesan kepada semua anak muda yang ada kat Facebook nih. BN sebenarnya sudah tidak relevan. Kalau dibiarkan lagi mereka memerintah, memang betul tahun 2019 kita akan bangkrap. Jangan terpedaya dengan kata-kata yang kita jangan lupa dengan jaya yang BN buat. Jangan begitu kerana apa yang mereka dah buat adalah tanggungjawab sebagai kerajaan.

Konsep itu sama dengan seorang ayah memberikan makan kepada anaknya. Kalau ayah kita tak berikan makanan dah tentu dia jadi ayah yang tidak bertanggungjawab. Maka itu adalah perkara wajib bagi seorang ayah. Tak kira dia ayah kandung, ayah tiri atau ayah angkat.

Sama seperti kerajaan. Walaupun kerajaan itu diperintah oleh BN atau Pakatan Rakyat, tanggungjawab mereka tetap sama. Apa yang dipertanggungjawab mereka harus buat.

Cuma apa yang akan berbeza nanti adalah, mungkin ayah kandung kita akan berikan kita nasi daripada beras BASHMATI. Mungkin ayah tiri kita cuma berikan nasi daripada Beras TESCO. Qualiti yang berbeza tetapi tetap nasi dan beras.

Dalam konsep kerajaan pun sama. Kualiti prasarana pula diberikan pula menjadi tahap pengukur. Mahukan anda dengan kerajaan yang bina stadium dah sampai setahun runtuh. Mahukan anda kerajaan yang nak jalan cukai GST sedangkan hasil bumi Malaysia nih cukup untuk berikan RM18,000 seorang setiap tahun dan Malaysia masih ada untung daripada itu. Mahukan anda bayar harga minyak petrol dengan harga yang tinggi sedangkan kita adalah pengeluar minyak petroluem terbaik di dunia.

Oleh yang demikian, pilihlah perubahan. Pilih lah pembaharuan. Pilih kerajaan yang lebih teratur. Jabatan Audit Negara dah meletakkan pengurusan kerajaan negeri di Pakatan Rakyat ditahap 3 dan 4 bintang. Sedangkan pengurusan negara dibawah par disebab ketirisan yang melampau.

Anda penentu kepada kerajaan masa hadapan. Jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa kepada kesilapan anda memilih kerajaan.

Sumber: anje-online.blogspot.com

Share

2 ulasan:

  1. Nyaris hang cek..tp sejak aku dgr dlm tv aku dah rase ni mesti menipu..simple calculationnye bila kerajaan ingin menarik subsidi..kalau ikut logik kalau ekonomi bertambah baik sudah tentu peruntukan subsidi sedia ada ditambah at least dikekalkan..

    BalasPadam
  2. siakap senohong gelama ikan duri
    bercakap bohong lama2 jadi perdana menteri

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...