Ahad, Julai 25, 2010

Bolasepak B23: Malaysia atasi Korea Selatan


KUALA LUMPUR 25 Jul 10: Pasukan bolasepak B23 Malaysia menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Gol jaringan oleh Safiq Rahim diperolehi pada minit ke 50.

Syabas kepada pemain Malaysia yang menunjukkan corak permainan yang semakin bertenaga bagi menyaingi pasukan Korea Selatan.

Tinjauan di stadium petang tadi,mendapati terdapat sebilangan penyokong rakyat Malaysia yang dengan bangganya memakai jersi Korea Selatan tersipu malu dengan kekalahan pasukan yang mereka sokong itu.Mungkin selepas ini mereka akan lebih patriotik untuk menyokong pasukan negara sendiri.

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama26/7/10 1:01 PG

    Skil pemain Malaysia semakin meningkat dalam perlawanan tersebut.Cuma ketumpulan barisan penyerang gagal menambah jumlah jaringan.Syabas kepada team B23 Malaysia kerana berjaya menewaskan Korea Selatan.

    BalasPadam
  2. tahniah dan syabas.. ramai peminat bola sepak tempatan bergembira dengan keputusan ini, perjalanan team malaysia masih jauh kalau nak banding dengan korea sebenarnya. walau apa pun maruah bola sepak kita terangkat jua.

    BalasPadam
  3. pemain korea under 23 tu team ramai yg demam kot

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...