Isnin, Ogos 16, 2010

2019: Rakyat makin Gila akibat Pemimpin Gila-Gila

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Ketika umat Islam sedang beribadah dan ketika sedang menikmati juadah sahur di Ipoh, polis telah menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan.
Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi. Sebelum itu lelaki itu telah mengamuk dan menyerang isteri dan dua anak perempuan mereka pada kira-kira 5.15 pagi.


Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan, kata Goh ketika dihubungi. Seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, terselamat daripada sebarang kecederaan, katanya.

Kes sedang dibicarakan sekarang melibatkan kejadian penuh tragis itu, empat nyawa melayang dipercayai angkara perbuatan kejam seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga mangsa. Lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut, Rashidi Ismail, 34, akhirnya ditahan polis di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 4.05 petang, 6 Januari lalu. Kes yang berlaku di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Batang Rokan, Gemencheh mengemparkan Negara. Kesemua mereka yang dibunuh itu adalah bapa, adik perempuan, datuk dan nenek kepada Rashidi. Lebih menggerikan apabila kepala salah seorang mangsa dibawa ke Shah Alam untuk ditanam di tanah tinggi berdekatan sebatang parit di hujung Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Dua kes itu melibatkan masalah penyakit mental. Laporan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kes gangguan mental meningkat hampir enam peratus berbanding kajian yang sama dilakukan kira-kira 10 tahun lalu. Statistik daripada kajian itu juga mendapati kira-kira tiga juta daripada 26 juta penduduk negara kita mengalami gangguan mental. Ia kini menjadi penyakit lazim dan statistik tahun 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.
Di peringkat antarabangsa pula, kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia dikesan mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), daripada jumlah itu, kurang daripada separuh pesakit menerima rawatan yang diperlukan. WHO juga menganggarkan menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangka mewakili 15 peratus daripada penyakit global.

Apa sudah jadi dengan akal manusia di abad ini dan di alaf akan datang. Macammana manusia ingin mengurus dunia dengan status khalifah yang semakin terhakis. Penyakit mental dan gila makin hari makin meningkat dari masa kesemasa. Banyak faktor yang menyumbang kearah itu tetapi hakikatnya ahli masyarakat kita telah mengalami penyakit psikologi yang amat parah. Kejadian ganas yang melibatkan kematian dan kecederaan kepada anggota keluarga, yang jauh apalagi yang terdekat, yang tua atau kanak-kanak, adalah berpunca daripada penyakit dalaman yang serius, yang tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang yang normal hati dan pemikirannya.

Para pengamal perubatan tentang penyakit jiwa, malah para ahli psikologi, sering merujukkan kelakuan tidak normal ini kepada tekanan hidup, kemurungan, ketegangan akibat daripada kehidupan yang penuh persaingan dari segi ekonomi, gaya hidup, pekerjaan, dan gejala-gejala lain yang mengakibatkan gangguan mental, stress, depression, dan penyakit lain yang seumpamanya. Masalah dalam akademik seperti harapan dan tekanan daripada ibu bapa yang tinggi dan sistem persekolahan yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan mereka murung. Bagi golongan berusia 40 tahun ke atas pula, faktor ekonomi selain masalah rumah tangga menjadi kekadang menjadi penyebab. "Kemelesetan ekonomi antara faktor
menyebabkan banyak hutang, hilang pekerjaan, bankrap yang akhirnya membuat seseorang itu tertekan. Mereka menjadi gila dan bahkan memilih untuk membunuh atau pun mereka memilih untuk bunuh diri mereka sendiri.

Bayangkan kalau permasalahan ekonomi makin parah. Peluang kerja makin kurang. Kerajaan pula gagal untuk mengawal kenaikan harga barang. Cukai makin hari makin meningkat. Tambah dengan pelbagai bayaran yang dikenakan terhadap rakyat seperti saman ekor dan sebagainya nescaya statistik rakyat dihinggapi penyakit mental makin parah. Cuba bayangkan kalau Malaysia dilanda bangkrap 2019. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia. Bukan hanya bertambah gila bahkan makin tinggi kadar bunuh diri. Pemimpin pulak memerintah ala gila-gila. Nanti rakyat bertambah gila.

Dalam konteks ini, al-Quran yang menegaskan bahawa masalah umat manusia ini, iaitu yang menjadikan masyarakat mereka kucar-kacir, tidak tenteram, tidak bermoral bahkan membawa kepada pelbagai permasalahn seterusnya semakin terhakis nilai berperadaban, adalah berpunca dari penyakit spiritual. Ia datang dari dalaman manusia yang bermasalah. Bermasalah roh, hati, nafsu dan akal mereka. Inilah sebenarnya yang perlu diubati dan perlu dicakna oleh semua pihak khususnya kerajaan.
Kegagalan unsur spiritual ini diisi menyebabkan berlakunya lompang yang dahsyat. Agama dikesampingkan, al-Quran tidak diguna sebagai penyembuh dan syifa’. Hidup manusia mengisi kehendak materialism menyebabkan masyarakat akan pincang. Kegagalan kerajaan UMNO-BN dalam meletakkan konsep Rabbani sebagai paksi kehidupan manusia akan menyebabkan terbawa kelembah kehancuran dan jahiliyyah.

Asas 5 iaitu menjaga agama, akal, nyawa, harta dan keturunan gagal dilaksanakan oleh pemerintah kini. Jalur ini semakin melebar dan kita sudah tahu apa natijahnya nanti apabila Negara kita sampai tempoh 2020. Nak cakap apa lgi ketika itu apabila semua pemimpin yang memerintah ikut hawa nafsu, tanpa akal dan dengan sifat gila-gila mereka ini sudah tiada dan ditanam diperut bumi. Sebab itu rakyat perlu ambil cepat pemerintahan daripada pemimpin ini sebelum datangnya 2019.

UO

3 ulasan:

  1. maaf,pendapat ikhlas saya,saya rasa kes sakit jiwa ni tak ada kena mengena dengan pemerintah.ia adalah masalah individu itu sendiri.

    BalasPadam
  2. Penyakit mental berkait rapat dengan kondisi negara, berkait rapat dengan cara pemerintah memerintah dan dan mentadbir negara... kalau pemerintah ikut Islam negara n rakyat sejahtera... tapi bila pemerinta tidak mentadbir ikut Islam habis punah segala aspek... lu pikir la sendiri Faizal...

    BalasPadam
  3. Saya faham..saya sukakan fakta.Harap dapat berikan saya satu negara yang 100% mengamalkan corak pemerintahan Islam,dan tiada masalah sakit jiwa dikalangan rakyatnya.Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...