Isnin, Ogos 16, 2010

Cadangan Gantung Blackberry Bukti Pemikiran Kuno Umno-BN

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 15 Ogos - Keputusan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mahu mengkaji penggunaan telefon bimbit pintar Blackberry di negara ini bertentangan dengan kehendak rakyat pada kurun ke-21 yang dianggap sebagai era merayakan informasi melalui pelbagai teknologi canggih.
Langkah ini hanya akan membantut dan menggendalakan industri kreatif yang sedang berkembang di negara ini ujar Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.
"Melalui gajet telefon bimbit pintar Blackberry ini, maklumat boleh disebarkan dengan luas untuk dikongsi bersama.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi di mana proses itu diangkat oleh mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.
"Sebelum itu, pihak autokrasi pernah cuba menunding jari terhadap sistem televisyen, internet dan kini 'blackberry' juga dijadikan sasaran pihak tertentu," ujar beliau yang juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.
Dalam nada kecewa, beliau berkata pemikiran yang yang dicernakan oleh kelompok berkuasa hari ini bertentangan dengan pola pemikiran abad ke-21.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata isu keselamatan adalah isu global dan bukan disebabkan ketelusan, 'transparency' yang diamalkan negara terbabit.
"Pihak terbabit tidak akan membuat perkara yang tidak betul. Kerajaan gagal memahami erti kebebasan sejagat.
"Isu keselamatan sepatutnya dijamin oleh ketelusan dan tindakan 'secrecy' sebenarnya akan lebih mengundang ancaman kepada keselamatan negara.
Menurut Yusmadi lagi, atas sebab ketelusan itulah menyebabkan timbul ketakutan di kalangan rejim-rejim yang berkuasa di dunia.
Sebelum ini, menteri terbabit, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.
Laporan itu bersandarkan dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara.
Pada 4 Ogos lalu, pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi dilapor mengarahkan perkhidmatan BlackBerry di negara itu digantung mulai Jumaat lepas kerana pengeluarnya gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan pihak berkuasa negara itu.

SK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...