Isnin, Ogos 16, 2010

Bapa jalin hubungan seks dengan anak


TAMPIN – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun dan bapanya berusia sekitar 30 tahun tergamak melakukan perbuatan terkutuk di kediaman mereka sendiri, malam awal Ramadan lalu.

Kedua-dua beranak itu yang tinggal di salah sebuah tanah rancangan di daerah ini juga dikesan melakukan hubungan seks sesama sendiri sejak Disember lalu.

Bagaimanapun, rahsia kedua-duanya terbongkar apabila guru sekolah bagi murid terbabit menyedari perubahan tingkah laku murid itu yang ‘tidak sesuai’ dengan usianya.

Sumber berkata, atas rasa tanggungjawab bagi menggelakkan murid itu terus melakukan perbuatan terkutuk itu, guru tersebut membawa gadis sunti berkenaan ke Balai Polis Gemas untuk membuat laporan.

“Laporan dibuat Khamis lalu setelah gadis terbabit menceritakan kesemua perbuatan tidak bermoralnya kepada guru berkenaan yang kemaruk seksnya berpunca dari bapa kandungnya sendiri.

“Lebih mengejutkan, gadis itu turut mendedahkan dirinya bukan hanya rela menjadi pemuas nafsu bapa kandungnya, bahkan turut menjadi pemuas nafsu abang angkatnya yang kerap berkunjung ke rumahnya.

Sumber berkata, ketika kejadian terakhir malam Rabu lalu, ibu mangsa dan adik-adiknya sedang nyenyak tidur, manakala, mangsa tidur berasingan dalam sebuah bilik lain.

"Kejadian terkutuk itu berlaku sebelum ibu mangsa bangun bagi menyiapkan juadah untuk bersahur," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan memberitahu polis sudah bertindak menahan bapa mangsa, tengah hari kelmarin.

Menurutnya, suspek telah ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun serta sebatan.

“Polis juga sedang memburu seorang remaja yang dikatakan sebagai abang angkat murid berkenaan bag i membantu siasatan," katanya

SH

4 ulasan:

  1. Ini lah satu penyakit bangsa Melayu selain daripada penyakit dadah ( musuh negara ) - iaitu penyakit menggatal / gila seks akhirnya akan jadi penyakit bohsia / bohjan.. Rosak anak kerana bapa

    BalasPadam
  2. Ini Semua Gara-gara Si Bapak yang Vodoh... Buat Benda Terkutuk Di Bulan yang Mulia... Vengong...

    Salleh Gregor Samsa Hina Islam Di Facebook

    BalasPadam
  3. katanya rekod menunjukan bangsa melayu masih di kedudukan teratas...

    hebat kaum ku !!!

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama17/8/10 2:44 PG

    mari sign petisyen online sokong dinar kelate di http://www.dinarkelantan.com.my

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...