Jumaat, Ogos 06, 2010

Berkahwin dengan pelacur

17 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Islam menggalakkan agar kita memilih calon isteri yg baik. Apakah hukumnya berkawin dgn pelacur/bekas pelacur? (dlm shoutbox)

Jawapan: Disini ada dua keadaan. pertamanya sekiranya pelacur itu tidak bertaubat lagi. keduanya sekiranya pelacur itu sudah bertaubat. Ia akan diterangkan sperti dibawah.

Pelacur yg tidak bertaubat

Hukumnya adalah haram seorang lelaki berkahwin dengan pelacur. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Penzina lelaki tidak bernikah melainkan penzina perempuan atau perempuan musyrik dan penzina perempuan tidak bernikah melainkan dengan penzina lelaki atau lelaki musyrik; dan penzina lelaki dan perempuan adalah diharamkan bagi orang2 beriman." (3: An-Nur)

Maksud kepada penzina adalah pelacur berdasarkan sebab turunnya ayat al-Quran ini: Sesungguhnya Marthad bin Abi Marthad teman wanita pelacur bernama 'anaq. Lalu dia berjumpa Nabi s.a.w dan bertanya "Bolehkah aku berkahwin dengan 'Anaq?" Maka Rasulullah s.a.w hanya berdiam diri. Lalu turunlah ayat ini (ayat 3 surah An-Nur). Maka baginda memanggil daku dan membacakan ayat ini serta berkata:

لا تنكحها
Maksudnya: "Janganlah kamu menikahi dia" (Hr Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie - sanad sahih)

Dalam mana Islam mengharuskan seorang lelaki muslim berkahwin dgn perempuan ahli kitab dgn syarat hendaklah wanita yg terpelihara daripada zina. Tuhan menyebut:

محصنين غير مسافحين ولا متخذات أخدان
Maksudnya: "Perempuan ahli kitab yg memelihara diri dari maksiat yang bukannya perempuan pelacur dan juga bukan yang mempunyai teman sosial untuk berzina secara rahsia"(5: al-Maidah)

Dr Yusuf Qardawi berkata: "Maka sebab diharmkan berkahwin dgn pelacur kerana mereka adalah keji, sedangkan Allah menjadikan pernikahan sebab bagi wujudnya mawaddah dan kasih sayang. Mawaddah adalah cinta yg suci. Bagaimana pula perempuan yg keji dicintai dgn penuh kesucian oleh lelaki yang baik yg menjadi suaminya?"

Firman Allah: Maksudnya: "perempuan yg jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (26: an-Nur)

Pelacur yg bertaubat

Pelacur yang sudah benar-benar bertaubat maka dia adalah dianggap permpuan yg terpelihara. Sedangkan orang yg kafir pun dianggap saudara orang Islam setelah mana dia bertaubat dengan masuk Islam. Firman Allah:

Maksudnya: "Maka sekiranya orang2 kafir bertaubat dgn masuk Islam, mendirikan solat dan menunaikan zakat maka mereka adalah saudara2 kamu seIslam."(11: at-Taubah)

Malahan Nabi s.a.w berkata tentang wanita dari Juhainah yg telah mengandung kerana berzina:

لقد تابت توبة لو قسمت بين سبعين من أهل المدينة لوسعتهم
Maksudnya: "Sesungguhnya dia telah bertaubat sebenar2 taubat yang mana kalau dibahagi2kan taubatnya kepada tujuh puluh penduduk Madinah, nescaya mencukupi taubat wanita itu untuk semua mereka." (Hr Muslim)

Maka bila dah bertaubat dan jadi perempuan yang baik maka dibenarkan untuk dikahwini.


idhamlim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...