Isnin, Ogos 02, 2010
Kecuaian Khir Toyo Runding Konsesi Air, Selangor Rugi RM8 Bilion
Kerajaan Selangor mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedia berdepan dengan tindakan mahkamah berikutan keengganan memenuhi perjanjian konsesi yang memerlukan tarif air dinaik hingga membebankan rakyat.
Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Khir Toyo sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu.
Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009,25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021).
Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang melampau jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air.
Malah, kerajaan negeri tidak gentar berdepan ugutan saman 1 bilion ringgit yang difail Syabas walaupun syarikat ini mendapat sokongan kerajaan Pusat.
Ini kerana kerajaan Selangor lebih mementingkan rakyat yang layak, mampu menikmati hasil dari dasar termasuk pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.
Dalam kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin menganggap Dr Khir Toyo patut berasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat keranan kecuaiannya menghalang rakyat menikmati perkhidmatan air yang lebih baik.
"Rakyat Selangor berhak mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir Toyo seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam tatacara mentadbir negeri ini," kata Faekah.
Faekah juga mengulangi gesaan supaya dokumen perjanjian air dan laporan audit didedah kepada umum supaya rakyat tahu hal sebenar dan hal ini wajar dibawa ke mesyuarat Kabinet.
Langkah wajar bagi mendedahkan penganiayaan Umno BN terhadap rakyat melalui pemberian konsesi ini kepada syarikat kroni, akan diteruskan bagi memberi kefahaman kepada rakyat.
tvs
dah dr khir pulak kene.. hehe mmg pakatan bastard.. nak cari kesalahan org jer kojernyer..
BalasPadamKalau tidak kerana memegang aspirasi Pakatan Rakyat yang sayangkan rakyat, mahu sahaja aku suruh Kerajaan Selangor jangan berikan ahli-ahli UMNO untuk merasa air Selangor, kalau nak jugak kena beli dengan harga SYABAS.... geram aku dengan Khir Toyo dan UMNO Selangor.
BalasPadamx pakatan...
BalasPadamlaaa...biaqpi la depa nak ckp apa pun...yg hang nak defend mat tempe tu buat apa?...ang dapat apa??..kontrak ka??..pahala ka??...dosa ka???