Oleh Suraya Roslan
2010/08/02
(Gambar hiasan)
KAJANG: Sebuah salun di bandar ini dikesan menawarkan perkhidmatan dua dalam satu apabila turut menyediakan layanan pelacur warga asing dengan bayaran serendah RM30.
Kegiatan premis itu terbongkar dalam serbuan Jabatan Imigresen Selangor kira-kira jam 5 petang semalam.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Imigresen Selangor, Johari Supardi berkata, premis itu dikesan 'menyajikan' seks apabila dilihat ramai warga asing terdiri daripada Bangladesh, Indonesia, dan Thailand beratur menunggu di premis itu.
Dalam serbuan itu dua pelacur warga Thailand berusia 25 dan 30 tahun ditahan. Siasatan lanjut dua wanita itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Selain itu, ketika serbuan, lebih 10 pelanggan warga Indonesia, Bangladesh dan India terdapat di premis itu dipercayai baru selesai melampiaskan nafsu bersama dua wanita terbabit.
HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...