Khamis, Ogos 19, 2010
Kerajaan Terengganu 'Mengigau'
- Batalkan Projek Jambatan Losong-Pulau Sekati-Teluk Pasu
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu 'mengigau' kerana membatalkan projek jambatan yang menyambungkan Losong dengan Pulau Sekati dan Teluk Pasu.
Menurutnya, projek jambatan tersebut adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat sejak lama dahulu.
Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak munasabah kerajaan Terengganu dan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said membatalkan projek tersebut.
"Apa rasional kerajaan (Terengganu) atau apa sebab kerajaan membatalkan (projek) jambatan Losong ke Pulau Sekati ke Teluk Pasu dan terus disambungkan ke Jalan Banggol Tuan Muda ke Jeram Tokong,
"sedangkan projek itu adalah projek kerajaan pusat yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat dengan peruntukan kerajaan pusat. Apa kena mengena kerajaan negeri nak batalkan hak orang yang telah diluluskan dengan peruntukan pusat,"soal Dr. Alias.
Beliau berkata, justifikasi pembinaan jalan tersebut telah dipersetujui kerana dengan pembinaan tersebut ia boleh menambah satu lagi laluan alternatif untuk keluar dari Lebuhraya Pantai Timur apabila ia siap kelak.
Ia juga, menurutnya, boleh memudahkan laluan dan mengurangkan kesesakan lalulintas apabila jalan tersebut dapat mengelakkan Pekan Batu Enam.
"Ia (menjadi) jalan yang ketiga yang boleh memudahkan laluan tidak payah lalu di Batu Enam, mengurangkan kesesakan jalan yang sedia ada, ia satu justifikasi yang baik,"tegasnya.
Katanya, beliau telah mengemukakan soalan tersebut dalam sidang DUN baru-baru ini dan telah dijawab oleh Exco Infrastruktur yang baru, Dato' Zaabar.
Namun begitu, beliau tidak berpuas hati kerana menurutnya dato' Zaabar menjkawab dalam keadaan tidak ada maklumat.
"(soalan saya) telah dijawab oleh Exco Infrastruktur Dato' Zaabar, (tetapi) Dato' Zaabar jawab pun (dengan keadaan) tidak yakin dan tidak pasti, samada perkara ini telah dirunding dengan Kementerian kerjaraya ataupun belum,"jelasnya.
BO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...