Khamis, Ogos 19, 2010

Teoh Beng Hock Dibunuh Atau Bukan Boleh Dibuktikan Secara Saintifik


Pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand berkata kecederaan pada tubuh Teoh Beng Hock boleh dibuktikan dan diperjelaskan secara saintif.

Beliau berkata demikian ketika ditekan peguam Datuk Abdul Razak Musa yang berkata adanya kemungkinan tiada saksi menyaksikan mendiang dicederakan seperti yang didakwa pakar patologi itu.

Sebelum itu, Dr Pornthip berkata kesan sembap pada otak Teoh Beng Hock mencadangkan bahawa mendiang tidak sedarkan diri sebelum ditemui terdampar di bumbung tingkat lima Plaza Masalam.

Beliau juga menunjukkan kepada Koroner Azmil Muntapha Abas adanya kesan hemoraj pada leher mendiang yang dipercayai akibat tekanan yang melampaui tenaga fizikal.
"Seseorang menggunakan sesuatu pada leher Teoh (Beng Hock), atau menekan kepala mendiang pada sesuatu," kata Pornthip.

Abdul Razak kemudiannya mendakwa Dr Pornthip menyerang SPRM dengan testimoninya itu. Peguam SPRM itu juga turut mempersoalkan kelayakannya selaku sorang pakar patologi.
Dr Pornthip bagaimanapun tenang dan berkata matlamatnya adalah untuk menyelesaikan misteri kematian Setiausaha Politik kepada Exco Pakatan Rakyat itu.
"Matlamat saya adalah untuk membantu si mati," kata Pornthip.

Peguam SPRM enggan mengalah, dan menuntut mengapa pakar patologi itu tidak mengambil-kira kejadian-kejadian yang berlaku pada malam sebelum Beng Hock ditemui mati.
Dr Pornthip bagaimanapun menjelaskan kejadian-kejadian berkenaan tidak penting kepada bedah-siasat.

Abdul Razak terus menekan dan berkata mengapa Dr Pornthip tidak mengambil-kira adanya kemungkinan tiada saksi yang dapat mengesahkan bahawa Teoh Beng Hock mengalami kecederaan-kecederaan itu sebelum terjatuh dari ibu pejabat SPRM Selangor.
Dr Pornthip berkata kecederaan-kecederaan itu boleh diperjelas dan dibuktikan secara saintifik.

TVS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...