Oleh Radzi Razak
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man turut menyifatkan isu khutbah kononnya menggunakan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sengaja diperbesarkan oleh Umno.
Bagaimanapun Umno menafikan pihaknya mereka isu berkenaan.Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Pasir ini berkata beliau masih menunggu laporan siasatan Majlis Agama Islam Pulau Pinang mengenai perkara tersebut.
“Bagi saya isu ini dibesarkan... bukannya tindakan itu membatalkan solat.
“Kadangkala orang tak perasaan sebab khatib baca doa dalam bahasa Arab. Bila dia sebut ‘Wa Zaqna’ maksudnya untuk menteri dan pemimpinlah,” kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.
Salleh berkata beliau akan memberi kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS Pulau Pinang selepas mesyuarat antara Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan sesama PAS sendiri hari ini.
“Saya tak boleh bagi kenyataan rasmi kerana tidak bermesyuarat lagi. Jadi kena tunggu,” kata beliau lagi.
Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) turut menyatakan agensi itu akan mengadakan mesyuarat pada 26 Ogos ini berkenaan hal itu.
Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua
Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal.
“Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil,” kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam.
“Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” kata pemimpin itu.
Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.
“Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai,” kata mereka.
Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Ketika menjelaskan kepada Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini.
Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada “Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng” dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu.M/Insider
DD
umno da takde topic... siyes umno da takde topic.. lepas satu2 ...
BalasPadamOrang pas nak DOAKAN ORANG KAPIR CHRISTIAN FATHER LIM BIAQPILA TAPI jangan libatkan orang lain yang takmerstuinya.
BalasPadamKESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website
http://www.halaljakim.gov.my/
Salam Ukhwah..~