Sabtu, September 04, 2010
Si cilik Ardi sudah berhenti rokok
JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.
Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.
Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.
"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.
Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.
Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...