Isnin, Oktober 25, 2010

Anwar Bidas Kenyataan Najib Takut Kalah Sebagai Kebudak-budakan


Oleh Dzulkarnain Taib

SANDAKAN 24 Okt 24 - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno yang sanggup 'berkecai tulang dan juga badan' dan 'bercerai jasad dari nyawa' mempertahan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seolah-olah hak memerintah negara ini hanya hak mutlak Barisan Nasional sahaja.

"Kita kini hampir ke Putrajaya, insyaAllah tapi Najib kata dia sanggup bercerai nyawa dari badan untuk mempertahankan Putraja. Dia ingat Putrajaya dia punya ke? Putrajaya adalah hak rakyat dan hak negara bukan Najib atau Umno punya.

"Kenyataan Najib menggambarkan mentaliti orang Umno, dia ingat Putrajaya itu hak dia dan tidak mahu serah kepada; macam budak-budak main tak mahu serah dan fikir dia punya, jadi Umno pun macam itu tak mahu serah.

"Dia (Najib) yang cipta masalah lepas itu pula takut tak tentu pasal," tegas Anwar ketika berucap di Himpunan Isu Tanah anjuran Pakatan Rakyat Sabah di Dewan Hakka di sini petang tadi.

Anwar berkata apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri pada mesyuarat agung parti beliau minggu lalu mencerminkan ketakutan Umno-BN bahawa mereka akan benar-benar kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.

"Pilihan Raya Umum ke 13 akan diumumkan tidak lama lagi. Pilihan raya kecil Batu Sapi ini hanya permulaan. Hari ini Umno tidak lagi dalam nada bahawa kita bermimpi disiang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara tetapi hari ini mereka berkata 'ada orang nak ambil kuasa kita, jadi kita mesti pertahan dengan jiwa dan raga. Kalau kita memang mereka jiwa dah tidak ada, tinggal raga sahaja," sindir Anwar disambut dengan gelak ketawa oleh lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah, walaupun BN telah diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir Sabah hampir 50 tahun tetapi mereka gagal sama sekali menyelesaikan isu asasi rakyat seperti bekalan air bersih, bekalan eletrik dan masalah perumahan.

"Saya akan mejadi amat pelik dan hairan kalau selama 50 tahun Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah rakyat Sabah dan juga Sarawak, rakyat masih mahu sokong mereka. Jangankan cakap pasal soal otonomi Sabah atau royalti minyak, soal apai dan air pun tidak dapat mereka selesaikan. Tengok negeri Selangor, apabila kita perintah bukan sahaja bekalan air baik malah percuma pula kita berikan. BN perintah Sabah, air pun tak dapat tapi harga pula meningkat," ujar Anwar lagi.

Oleh kerana itu Anwar mengingatkan adalah penting Pakatan Rakyat memenangi PRK Batu Sapi 4 November depan supaya dengan tertubuhnya kerajaan pusat impian rakyat Sabah khususnya untuk mengecapi kehidupan yang jauh lebih baik dan hak mereka dihormati dan dikembalikan akan tercapai.

"Permintaan 'kalau hari ini memerintah esok turun harga minyak, hari ini memerintah esok dapat otonomi dan 20 peratus royalti minyak hanya boleh dicapai bukan sahaja dengan memenangi Kota Kinabalu tetapi Kota Kinabalu dan Putrajaya sekali. Jadi pilihan raya Batu Sapi adalah antara kuasa rakyat dan corak pemerintahan yang angkuh dan bongkak," kata Anwar.

SK


1 ulasan:

  1. alah nak becerai jasad konon....tah tah nyorok bawah katil..kalau dah kalah tu blah je laaa

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...