Khamis, Oktober 07, 2010

Cukai Rokok dan Calon Bukan Perokok

Oleh jilfityan

"

Dengan alasan-alasan seperti ramai perokok yang tegar, masalah kesihatan perokok yang semakin meruncing dan gejala rokok di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa maka kerajaan seperti biasa mencari jalan mudah dan pintas menyelesaikan masalah tersebut dengan menaikkan harga rokok. Sungguhpun ada kebenaran dan dibuktikan dengan kajian oleh pakar kesihatan namun yang menimbulkan persoalan dan kesangsian ialah apakah dengan kenaikan harga rokok berulang kali ini akan dapat 'menghapuskan' ketagihan perokok tegar dan mengurangkan gejala merokok dewasa ini?




Dari MalaysiaKini :

"kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Melalui komitmen ini, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutamanya di kalangan remaja."


Sebenarnya kenaikan harga rokok , bukan boleh mengurangkan orang yang merokok, cuma yang mampu hanyalah mengurangkan pembelian rokok tersebut. Mereka (perokok) tetap akan membeli rokok. Jika tidak melalui saluran yang halal (halal?)sudah pasti secara yang haram (rokok seludup yang lebih murah). Jadi kenaikan ini tetap tidak dapat menyelesaikan masalah.

Dari MalaysiaKini:

"Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran.

"Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini.


Semalam, kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober."


Jika kerajaan bersungguh dan ikhlas, sudah pastinya kerajaan memerangi rokok secara habis habisan. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan lebih suka membiarkan gejala ini berleluasa dan seolah berterima kasih dengan ketagihan perokok ini supaya dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak setiap kali kenaikan berlaku. Jika beralasan fenomena rokok sukar dibendung secara total sekalipun, namun, tindakan kerajaan membiarkan perokok mendapatkan bekalan rokok dengan mudah adalah satu tindakan yang perlu dipersoalkan.

Maka jelaskan, alasan-alasan ini hanyalah retorik semata-mata. Kenaikan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengaburi mata rakyat agar mendapat persetujuan mereka secara kolektif dengan kenaikan ini. Kenaikan cukai rokok ini juga membuktikan bahawa kesan kenaikan rokok tahun lalu tidak pernah berjaya mengurangkan ketagihan perokok dengan menggunakan alasan yang serupa. Dijangkakan kerajaan akan secara berterusan menaikkan cukai rokok yang pasti akan merosakkan dan menyukarkan perokok baik dari sudut kewangan dan kesihatan.

Dan jika cukai rokok ini menjadi modal untuk digalaskan ke DUN Galas nanti, harapnya rakyat disedarkan bahawa kerajaan mahu memeras duit mereka lagi. (Cuma berlainan cara) Sekurang-kurangnya rakyat terbuka mata mentafsir hakikat sebenar perihal isu ini. Dan akhirnya mereka sedar bahawa kenaikan ini bermuslihat.

Dan andai kata PAS dituduh "membela perokok", jangan lupa, kita ada buah khilaf. "Calon PAS adalah bukan perokok."

Wassalam.

Jilfityan

http://jilfityan.blogspot.com

"

DD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...