sebuah kempen gagal ?
Pada asalnya saya taknak cerita banyak fasal tajuk nie. Cuma saya ingin terangkan, inilah satu cara kerajaan mendapatkan bajet tambahan. Di bawah akan saya tunjukkan berapakah urusniaga rokok dalam sehari? berapa pula jumlah urusniaga jual-beli rokok dalam negara untuk tempoh sebulan?
Sesiapa sahaja kalau ditanya atau dibincang mengenai kerajaan, pastinya mereka akan katakan kerajaan telah mengalami kekeringan wang dan cara segera untuk memperolehi wang adalah dengan menaikkan cukai secara serta merta. Dapat saya baca, kenaikkan kali ini berkait rapat dengan persediaan menaburkan pelbagai jenis rasuah ke bumi Galas, dan itu kita akan cerita dalam entri yang lain. Entri kali ini membicarakan soal keikhlasan kerajaan menangani masalah perokok tegar.
Saudara dan saudari sekalian, tanggal hari ini harga rokok telah dinaikkan sebanyak 7% menjadikan RM10 bagi setiap kotak 20batang. Mari kita lihat fakta ini dan sila betulkan saya sekiranya ada kesilapan perkiraan.
Malaysia mempunyai 7juta perokok tegar yang boleh menghabiskan sekotak dunhill 20 dalam masa sehari. Oleh itu, urusniaga pembelian rokok adalah RM70juta sehari. Bagi kenaikkan cukai sebanyak 7%, maka pendapatan tambahan kerajaan untuk sehari(setelah kenaikkan harga rokok) adalah RM4.9juta dibundarkan menjadi RM5juta sehari!
Jika jumlah 7 juta pembeli dunhill 20 adalah keterlaluan maka saya akan buat pengiraan semula. Kali ini kita andaikan secara pukul rata, 5 juta pembeli tegar harian untuk rokok setara dunhill 20. Maka ia akan menghasilkan urusniaga sebanyak RM50juta sehari dan apabila kita kiri jumlah untung segera kerajaan dalam kenaikkan 7 peratus, berikut adalah jumlahnya;
7% x 50j = RM3.5juta sehari
3.5j x 30hari = RM105 juta sebulan.
Persoalannya di sini, apakah yang kerajaan lakukan dengan RM105juta (sebulan) lebihan daripada cukai yang ditambah sempena kenaikkan harga rokok hari ini?
Salah satu objektif utama kerajaan menaikkan harga rokok ialah bagi mengurangkan jumlah perokok. Mengapa ingin dikurangkan jumlah perokok dan mengapa kempen besar-besaran 'Katakan TAKNAK kepada rokok' dibelanjakan adalah kerana rokok menyebabkan pelbagai penyakit yang membawa banyak kerosakkan pada organ manusia dan seterusnya membawa maut.
Justeru persoalan di atas, ingin saya cadangkan mengapa tidak RM105 juta ini disalurkan kepada hospital untuk digunakan ke satu segmen bagi mengawal statistik jumlah perokok. Dengan RM105 juta lebihan cukai rokok ini juga, dapatlah pihak kerajaan menawarkan skim 'Mari Berhenti Merokok' dengan alat bantuan berhenti merokok (yang agak mahal harganya) melalui hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Tidak salah rasanya, para perokok membayar lebihan harga rokok untuk keperluan perokok itu sendiri dan sekiranya sampai masanya, dana tersebut dipusingkan kepada si pembayar cukai rokok. Cadangan ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai rancak merokok tetapi ia bertujuan untuk menjana sebuah dana yang akhirnya memberikan khidmat percuma kepada perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok. Ia pasti sesuatu yang membantu rakyat kerana alat bantuan berhenti merokok yang memberi kesan positif berharga RM350 bagi setiap perokok. Semoga akan lebih ramai yang berhenti merokok di atas galakan seperti ini.
Kerajaan Malaysia harus kembali kepada asas mengapa kenaikkan harga rokok itu berlaku setiap tahun. Objektif untuk mengurangkan jumlah perokok melalui kenaikkan harga cukai rokok, mahupun puluhan juta dihabiskan untuk kempen demi kempen anti rokok telah terbukti tidak berkesan. Timbul pula persoalan sejauh mana ikhlasnya keperihatinan kerajaan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia dari penyakit bawaan rokok, atau apakah sebenarnya kerajaan hanya mahukan keuntungan semata-mata dari cukai rokok yang sangat tinggi?
Alasan menaikkan cukai rokok untuk mengurangkan jumlah perokok sudah tidak relevan. Rakyat semua tahu keuntungan cukai rokok yang tinggi menjadi faktor utama cukai rokok dinaikkan setiap tahun. Pernah seorang rakan mengatakan kepada saya, sekiranya kerajaan benar-benar mahukan rakyatnya sihat maka adalah lebih baik kerajaan mengharamkan terus penjualan rokok di negara ini berbanding menaikkan cukai rokok setiap tahun, lantas membebankan sejumlah 6 juta rakyat Malaysia yang merokok. Janganlah dilupa bahawa 6 juta jumlahnya itu juga adalah rakyat dan ia mewakili 25 peratus atau satu per empat populasi negara.
Oleh demikian, dengan kenaikkan cukai hari ini, kerajaan harus peka betapa perlunya lebihan keuntungan itu dipulangkan kepada perokok yang membayar cukai tambahan ini. Menyediakan sebuah pusat berhenti merokok di setiap daerah atau negeri dengan menawarkan alat berhenti merokok secara percuma ( percuma untuk kali pertama bagi setiap seorang perokok) adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan.
Sekiranya kerajaan masih menaikkan harga rokok dengan alasan lapok, maka bolehlah saya katakan bahawasanya Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang tidak boleh diharap dalam menguruskan cukai yang dikenakan terhadap rakyat, tidak prihatin apabila membuat untung dari kesusahan rakyat, dan tidak berperikemanusiaan dengan menjadikan kaedah kapitalis sebagai landas pemerintahan. Kerajaan serupa ini, harus kita ajar dengan kuasa undi !! LAWAN TETAP LAWAN !!!
Adalah menjadi resam untuk pejuang seperti kita menentang segala jenis kenaikkan harga barang yang tidak munahsabah! - juga tidak relevan !
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
edyesdotcom
kalau kerajaan mahu rakyat henti merokok bukan dengan naik harga.cara ini hanya untuk kepentinan kerajaan sendiri sahaja bukan bantu rakyat.
BalasPadamsaya bagi satu cadagan yang senang. setiap perokok
yang ingin memberi rokok halus mendapat surat dari hospital kerajaan sahaja.dr kerajaan akan memberi surat kebenaran untuk perokok hanya perokok yang sihat sahaja dan seminggu dibenar hanya tujuh bungkus sahaja. bagi yang bermasalah penyakit dr kerajaan tidak dibenarkan memberi surat memberi rokok. dengan cara ini perokok malaysia baru boleh behenti.
ini baru dikatakan kerajaan jaga kesihatan rakyat.sesiapa yang menjual rokok kepada tampar surat dari dr kerajaan di hukum penjara.
Naikle harga rokok tinggi mana pun kalau org nak hisap, hisap jugala. Rokok naik harga org beli rokok seludup. pusing-pusing macam tu jugale tak ada kesudahan.
BalasPadamYang sebenarnya rokok inilah yang menguntungkan, kalau tidak takan tiap-tiap tahun naik harga. Alasan lapok yang mengurangkan org hisap rokok, alasan bidaah. Api & air mcm tu jugalah lewatkan pemeriksaan api & air tarif pengunaannya lebih, jadi pengguna kena bayar lebih. kalau ikut tarikh sebenar kuranglah sikit pembayarannya. Tak percaya tenguk tiap-tiap bulan pemeriksaan api & Air mesti tak sama tarikh pemeriksaanya. Bulan ni kurang bulan ni lebih. Tak payah le nak putar belit orang.