Coklat jenama Crispy di dapati mengandungi Emulsifier (E476) iaitu kod untuk Lemak Babi.
Yang jelas....ianya Haram dimakan oleh Umat Islam.
Sila lihat gambar di bawah.
Ada logo halal lagi...heee
Nampak tak kod E476
Kalau tak berapa jelas, boleh belek sendiri di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit.
Kalau tak berapa jelas, boleh belek sendiri di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit.
Di bawah ini saya sertakan code-code makanan yang mengandungi lemak babi. Kalau boleh ”print lah” dan simpan ke dalam dompet. Sangattt bermanfat di zaman kita ini. Apabila membeli barang-barang makanan, boleh segera rujuk kepada code-code ini jika datang keraguan. Ini yang saya lakukan ketika keluar membeli barang keperluan harian dan snek untuk anak-anak.
Panglima7
Jangan main bedal ajer....heeeee
Zaman sekarang, orang bukan Islam tak tulis lagi babi atau pig fat atau pork dan sebagainya di plastik makanan.....tetapi sekarang mereka mengunakkan Code. Siapa yang ada code-code babi ini....maka dia akan terhindar dan terselamat dari terbeli dan termakan benda-benda haram ini terutamanya daging dan lemak babi.
JAKIM pulak main halal ajer......code pun dia tak tahu baca. Asal tiada tulis babi....maka halal. Lihatlah logo Jakim di atas tuu.
Sekarang semuanya sudah berbeza.
Sumber: Panglima7
Bukan setakat yang di atas tapi kalau rajin belek - beleklah coklat cadbury,van houten dan seangkatan dengannya semua ada E476 dan logo halal
BalasPadamrasanya kod2 ada unsur2 khinzir nie sudah ramai yg tahu, tetapi tiada tindakan serius dari kementerian kesihatan/perdagangan atau jabatan agama, termasuk juga peniaga2 yg buat2 tutup mata/telinga dgn kes nie sebab takut rugi!dahler kerajaan Beng-oNg bersubahat buat duit judi/maksiat skg suruh rakyat telan unsur2 khinzir?
BalasPadammushkil betol la..
BalasPadamapa fungsi dan bagaimana yang beri sijil halal tu bekerja?
Kod E
BalasPadamKod E ialah kod nombor untuk bahan tambah (aditif) dan ianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah. Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.
Skim penomboran ini mengikut Sistem penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius. Codex Alimentarius ialah dari bahasa Latin yang bermaksud “kod makanan” atau “buku makanan”. Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.
Bagi Kesatuan Eropah, Kod E ini adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan kerana hanya sebahagian daripada bahan aditif yang dibenar untuk digunakan. Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, terutama Kanada dan Israel.
PENGKELASAN NOMBOR E MENGIKUT JENIS BAHAN ADITIF
E100 - E199 - Warna
E200 - E299 - Pengawet
E300 - E399 - Oksidan, Fostat, Antioksida, Pengawal Asid
E400 - E499 - Pemekat, Pelembap, Penstabil, Emulsifier
E500 - E599 - Garam, Regulator Asid, Agen Penghalang Kerak
E600 - E699 - Penambah Perisa
E900 - E999 - Pemanis, Bahan-bahan lain
E1000- E1999 - Bahan Kimia Tambahan
Kesimpulan
Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan. Contoh Nombor E yang paling kerap ditanya oleh orang ramai adalah E471. Ia adalah sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida. Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan. Ramuan ini secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semulajadi yang boleh dihadam.
Masyarakat seharusnya peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan. Pihak industri makanan dan barang gunaan pula bertanggungjawab untuk mengenalpasti status sumber aditif makanan yang digunakan supaya tidak akan menimbulkan keraguan kepada para pengguna Islam. Manakala Bahagian Hab Halal Jakim akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengisytihar kesemua ramuan termasuk aditif makanan yang digunakan beserta dokumen yang kukuh (seperti sijil halal yang diiktiraf dan analisisi makmal).
sumber: www.halal.gov.my
salam...
BalasPadamnampaknya panglima 7 ni main tembak je...kan dah kena degan jakim....kah kah...
lain kali selidik dan pastikan kita betul2 tahu dan mahir apa yang nak kita katakan...sekarang kredibiliti anda sudah musnah.. anda main serkap jarang...mungkin nanti root bir juga di katakan beer,,...
yang tahu crispy..