Ahad, Oktober 10, 2010

Kemalangan misteri


MERU - Mayat seorang lelaki warga Myammar yang lengkap memakai topi keledar ditemui terbaring berhampiran jalan kecil di ladang kelapa sawit, Jalan Haji Salleh di sini petang kelmarin.

Difahamkan orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 6 petang ternampak kelibat sekujur tubuh lelaki lalu mendekatinya dan terkejut mendapati mangsa sudah tidak bergerak.

Orang awam tersebut kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Polis yang tiba di tempat kejadian kemudiannya membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa Zin Myo Min, berusia 22 tahun.

Pada awalnya polis mengesyaki mangsa dibunuh bagaimanapun tidak terdapat kesan serangan atau tikaman pada badan mangsa.

Malah sebarang senjata juga tidak ditemui berhampiran tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, berdasarkan kesan calar yang terdapat pada jalan bertar tidak jauh daripada mayat mangsa, polis percaya kemungkinan sebelum kejadian, mangsa menunggang motosikal.

“Dia dipercayai gagal mengelak lalu terbabas dan tercampak ke tepi jalan.

“Kesan hentakan badan mangsa pada batu besar yang terdapat berhampiran mayat mangsa dipercayai menjadi punca mangsa mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia.

“Menjadi kemusykilan apabila motosikal yang dipercayai ditunggang atau dibonceng mangsa turut tiada di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis yang tiba di lokasi kejadian membawa mayat mangsa ke Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan agar tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bagi membantu siasatan.

“Dalam pada itu, saya minta waris atau rakan yang mengenali mangsa agar hadir ke Bilik Mayat HTAR untuk menuntut mayat mangsa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

SH


2 ulasan:

  1. Ade dua orang. Yang sorang okay lalu melarikan diri dengan motornya sebab dia pendatang haram. Senangke warga Myanmar dapat lesen memandu?

    BalasPadam
  2. tradegi 10.10.10
    ada yg berebut berkahwin tarikh ni
    ada yg berebut nk beranak tarikh ni
    namun ada yg ditimpa tradegi.
    Siasatan menyuluruh perlu utk siasat bgaimana bas boleh melompat bgitu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...