Rabu, Oktober 06, 2010
Kes Bunuh Sosilawati: Polis Nafi Diganggu Makhluk Halus
SHAH ALAM 5 OKT: "Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.
Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Poli sKontinjen Selangor di sini hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.
Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lepas mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.
Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
(Bernama)
tvs
pergi dgn bodygourd... pergi dgn orang bawahan.. pergi lah sorang2 baru tau... KOsmo ni pun satu.. interview lah polis yg jaga sana.. interview ketua polis buat apa..
BalasPadam