Sabtu, Oktober 02, 2010
Ku Li Nafi Terima Pelantikan Umno-BN, Tamparan Buat TPM
KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.
Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.
"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.
Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.
Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”
Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.”
tvs
itu kuasa TPM..tak caya cek perlembagaan. UMNO/Malaysia..kalau tak tahu juga tanya LKS.tak faham politik kau orang ni
BalasPadamPenderhaka kepada Sultan Johor iaitu Wak Din Sembab buat pengumuman merbahaya kepada ugama islam yg juga ugama rasmi negara ini iaitu - pelaksanaan pendidikan ' SEKS ' peringkat kebangsaan!!!
BalasPadamhttp://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F2%2Fnation%2F7145488
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gUQJsRG4tOE
*Awas saudara saudari semua, puak2 ajaran sesat idealogi pluralisme dan liberalisme dan puak2 fasik munafik yg menyokong mereka telah menyerang dan mengancam akidah dan syariah umat islam di negara ini! berhati2 dan jangan mudah termakan umpan puak2 ini.