saki baki keturunan kaum Lut di bumi kita
Apa saja nama yang diberikan, tidak kira hotel bajet, rumah tumpangan atau 'lodging', kebanyakan dari bilik sewa ini boleh dikatakan beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa, selain didakwa membenarkan perbuatan maksiat di premis mereka. Dengan kadar bilik yang boleh disewa mengikut jam atau serendah RM40 bagi satu malam, sesiapa saja mampu menyewa bilik berkenaan termasuk pondan yang beroperasi di lorong belakang atau pasangan remaja bagi melempiaskan nafsu pada setiap malam.
Di sekitar bandaraya Kuching, terdapat lebih 10 rumah tumpangan atau hotel bajet yang pada awalnya disasarkan kepada pelancong asing yang datang berkunjung ke sini namun apabila musim pelancongan berakhir, ia bertukar menjadi tempat maksiat. Boleh dikatakan setiap malam terdapat lelaki hidung belang akan membawa pasangan masing-masing atau lebih teruk melanggan pondan yang berkeliaran di Jalan P Ramlee atau Jalan Haji Taha bagi dijadikan 'teman tidur' di bilik sewa berkenaan.
Kegiatan berkenaan semakin berleluasa berikutan bilangan hotel bajet yang semakin banyak menyebabkan pemiliknya terpaksa menyewakan bilik kepada sesiapa saja bagi mengelak kerugian jika dibiarkan kosong. Seorang pemilik hotel bajet yang dikenali sebagai Chan berkata, kebanyakan hotel bajet yang baru muncul dalam tempoh terdekat ini pada mulanya memang menjalankan operasi secara bersih selepas timbul rungutan di kalangan pelancong asing yang sukar mendapatkan tempat penginapan.
Suasana ini hanya berlaku ketika musim panas di luar negara iaitu antara April sehingga Ogos selain bagi pelancong tempatan terutamanya dari Semenanjung adalah ketika musim cuti sekolah pada bulan November dan Disember. "Pada waktu kemuncak ini memang bilik sewa penuh sepanjang bulan berikutan jumlah kemasukan pelancong yang tinggi namun keadaan ini bukan berlaku sepanjang tahun menyebabkan ada pengusaha hotel bajet berhadapan kerugian pada bulan tertentu.
"Disebabkan tiada usaha mengatasi suasana ini, pengusaha hotel bajet tidak mempunyai banyak pilihan selain menyewakan bilik mereka kepada mana-mana pelanggan termasuk kepada pondan atau pasangan remaja yang diketahui akan melakukan maksiat". Terdapat juga antara hotel bajet ini tidak mempunyai kelulusan beroperasi sebagai bilik sewa dengan lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa adalah bagi operasi ruang pejabat, namun kelemahan penguatkuasaan membuatkan pengusaha berani menjalankan perniagaan hotel bajet.
sgkasai
Apakah perancangan PAS untuk mengatasi gejala ini? Apabila DAP memerintah Penang, pusat2 hiburan tumbuh melata, apabila PKR memerintah Selangor rumah urut macam cendawan tumbuh. Di Kelantan pun masalah sosial di kalangan remaja yang dikatakan Islam pun tidak terbendung. Masalah air dah berjangkit dari kelantan ke kedah,penang dan nampaknya tidak lama lagi ke Selangor.
BalasPadam