Rabu, Oktober 27, 2010

Semakin ramai gemar amalan seks sejenis di New York


(Gambar Hiasan)
NEW YORK: Kajian terbaru menunjukkan, hampir seorang bagi setiap 10 remaja - atau 9.3 peratus - melakukan hubungan seks sejenis.

Kadar itu menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding kajian dilakukan ke atas remaja di Massachusetts dan Vermont pada 2002.


Pegawai Jabatan Kesihatan New York, Dr Susan Black, berkata ada bukti jelas menunjukkan kecenderungan itu bertambah.


“Kita perlu mengenal pasti puncanya serta faktor lain yang mempengaruhi amalan ini,” katanya, semalam.


Dr Susan juga bimbang apabila kadar penggunaan kondom di kalangan remaja terbabit rendah.


Kajian itu membabitkan lebih 17,000 remaja di New York.


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS melaporkan, separuh daripada 18 juta kes baru jangkitan seksual di negara itu berlaku ke atas individu berusia di antara 15 dan 24 tahun. - Reuters

HM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...