Jumaat, Oktober 08, 2010
Umno Besut Mengaku Penceramah Sebut 'Tok Guru Gilo'
KUALA TERENGGANU - Umno Bahagian Besut yang menganjurkan ceramah bertajuk 'DAP Anti Islam' pada 1 Oktober lalu, mengaku dan mengesahkan penceramahnya menggunakan perkataan 'Tok Guru gilo'
Timbalan Ketua UMMO Bahagian Besut, Nawi Mohamad menyatakan demikian dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini, Khamis, 7 Oktober.
Namun begitu, beliau yang juga ADUN Hulu Besut 'berhelah' dengan berkata, perkataan gila yang ditujukan kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh penceramah terbabit, bukan merujuk kepada masalah 'mental'.
Mengulas kenyataan Umno Besut, Ketua Penrangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim yang mendengar sendiri ceramah tersebut berkata pengakuan Umno Besut itu membuktikan apa yang beliau dedahkan sebelum ini adalah benar.
Katanya, Umno sama sekali tidak menafikan bahawa penceramahnya ada mengucapkan caci maki tersebut.
"Soal pelbagai jenis 'gilo' yang cuba disenaraikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut yang turut berada di atas pentas ceramah pada malam itu, hanyalah sekadar menegakkan 'benang basah' bagi menutup kesilapan dan ketelanjuran Umno menganjurkan ceramah,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.
Beliau menegaskan, ceramah tersebut adalah satu keterterlanjuran Umno kerana menurutnya, laman web rasmi Umno Besut (www.umno-besut.org) yang sebelum ini giat mempromosikan program ceramah itu, kini telah menghilangkan maklumat berkaitan.
Oleh itu, menurutnya kenyataan Umno Besut tersebut dilihat terpaksa dikeluarkan apabila menerima tekanan akibat pendedahan yang dibuat perbuatan Umno Besut yang biadap dan memalukan.
"laman web rasmi Umno Besut di www.umno-besut.org yang sebelumnya giat mempromosikan program ceramah tersebut, tetapi selepas dari pendedahan acara caci maki biadap yang telah berlaku, semakan saya di laman web tersebut mendapati berita berkenaan ceramah ini telah ditiadakan. Mengapa?,"soal Dr Azman.
Beliau mendedahkan, Umno Besut turut melakukan kesilapan kerana menjemput seorang 'penceramah buangan' di negeri Kelantan yang telah ditarik tauliahnya dan Persatuan yang didakwa sebagai 'Persatuan Pondok-Pondok Seluruh Kelantan' sebenarnya tidak wujud.
"Hakikat(nya) mereka (Umno Besut) tersilap menjemput penceramah buangan Umno Kelantan yang telah ditarik tauliah oleh Majlis Agama Islam Kelantan dari menyampaikan kuliah di masjid-masjid seluruh Kelantan,
"'Persatuan Pondok-Pondok Seluruh Kelantan' yang didakwa oleh Haji Loh (dimana dakwanya) beliau sebagai pengerusi, sebenarnya tidak wujud, yang wujud dan diiktiraf adalah 'Pusat Pembangunan Pondok Berhad'.,"jelas Dr Azman.
Lebih memalukan, katanya, Pondok Genting, Tumpat yang didakwa belaiu adalah Tok Gurunya, sebenarnya tidak mempunyai pelajar atau anak murid, yang ada hanyalah beberapa orang tua yang 'menunggu hari mati'.
Sebanyak dua laporan polis telah dibuat ke atas ceramah tersebut, sebelum dan selepas program Umbo Bahagian Besut itu berlangsung.
DAP Kuala Terengganu membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu pada 30 September lalu kerana menurut Pengerusinya, Encik Ng Chai Hing, penganjuran ceramah tersebut merupakan satu fitnah dan pembohongan yang berniat jahat untuk memburuk dan mencemar kredibiliti DAP.
Manakala PAS Kawasan Besut telah membuat satu laporan polis pada 6 Oktober, setelah kata dua yang diberikan kepada Umno Besut, tidak diindahkan
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar telah memberi kata dua kepada Umno Bahagian Besut, samada meminta maaf atas keceluparan penceramah undangan yang menghina Mursyidul Am PAS sebagai 'Tok Guru Gilo' atau menghadapi sebarang tindakan undang-undang.
Justeru, tindakan angkuh Umno tidak mahu memohon maaf, Wan Azhar sendiri telah membuat laporan polis di balai polis daerah Besut.
Walau pun telah dua laporan dibuat, sehingga kini, Buletinonline difahamkan, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak polis tehadap penganjur ceramah tersebut.
BO
Setakat Umno kata 'gilo' apa nak dibisingkan. Yang ajak ramai-ramai pakat doakan Tun Mahathir mati cepat lagi teruk.
BalasPadam'Gilo' bukan ada apa-apa pun nak risau.
saya setuju ayat diatas, nak pelik kemendenya pkataan 'gilo'??? lgpun tok guru hj loh ni mmg betul tok guru pondok di geting tumpat, saya dduk kws situ laa.. tok guru pas mencaci, memaki hamun tu xde plak nk kecoh2???
BalasPadamsama2 la muhasabah...
kalau aku la. aku gantikan perkataan gilo tu jadi kepala butuh. tok guru kepala butuh. haaa sedap sikit.
BalasPadammolek jugok tu. najib gilo kepala butuh...molek sungguh
BalasPadam