Khamis, Oktober 21, 2010

UMNO MACAM ITIK



PATUTLA SELAMA NI GUA TENGOK LOGO UMNO ADA IRAS-IRAS ANAK ITIK.
CUBA HANGPA PERATI BETOI-BETOI..
KAN AKU DAH KATA..
MACAM ANAK ITIK KEHILANGAN IBU SAJA..
KAH! KAH! KAH!
OTAK DEPA PUN MACAM ITIK JUGAK KA?
KAH! KAH! KAH!
AKU RASA KALAU DIPANGGANG UMNO BUAT MACAM ITIK GANTUNG
LAGI SEDAP ITIK GANTUNG...KAGHH! KAGHH! KAGHHH!!!


Razali: Jangan celarukan kepala 'itik' Pemuda

Mesyuarat agung tahunan Pemuda Umno hari ini ditangguhkan dengan dengan kedua-dua pemimpin nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan itu sepakat menolak 'politik cucuk' dan atau 'politik sate'.

Memulakan ucapannya dengan menegaskan "hubungan serasinya" dengan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Umno Datuk Razali Ibrahim menegaskan mereka sepakat berkhidmat bersama demi parti dan negara.

"Jangan cucuk (kami berdua). Bab cucuk ini yang tak tahan," katanya sambil meminta semua pihak memberitahu perkara sebenar daripada 'mencucuk' orang lain.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya lewat petang ini, Razali yang juga timbalan menteri beliau dan sukan itu berkata anggota pergerakan itu tidak sepatutnya membiarkan bosnya itu "pening kepala".

"Jangan biar beliau celaru sebab dia ada musuh lagi di luar sana," katanya.

Sementara itu, Khairy pula tambil di pentas selepas itu dengan mengaku pemimpin Pemuda Umno di semua peringkat mestilah nampak macam itik yang sentiasa nampak gah.

"Di atas nampak steady (bersedia), tetapi tuhan sahaja yang tahu (gelora) di bawah paras air," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada perwakilan Pemuda Umno yang berani melontarkan buah fikiran dan menegurnya dengan ikhlas dengan tujuan mempertingkat prestasi bersama.

Menyenaraikan sepuluh sikap negatif di kalangan anggota Pemuda, Khairy menegaskan menolak politik sate yang didefinisikannya sebagai budaya "cucuk, api dan kipas."

"Terima kasih pada saudara Razali kerana tidak hendak jadi politik sate dengan saya," katanya.

Menurut Khairy lagi, antara sikap buruk yang perlu dikikis itu: sikap elitis dan ego, syok sendiri, budaya punch card depan pemimpin, 'masuk frame' untuk publisiti, menjadi pak turut kepada bos, talam dua muka dan sikap oportunis.'--Malaysiakini

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...