Jumaat, November 26, 2010

Antara Televisyen dan Internet


Oleh: Wakjeng
Bila sembang bab televisyen, budak kecil berumur 2tahun pun tahu dan boleh pilih siaran televisyen nak tengok budak kembar "Upin dan Ipin". Malah boleh pulak memainkan trademark dialog "betul-betul-betul" walaupun pelat. Kat sini, bukan nak sembang bab kartun "Upin dan Ipin". Ini menunjukkan medium televisyen adalah medium yang paling mujarab nak spread propaganda atau pun menyampaikan maklumat secara terus.



Kalau nak ikut sejarah makna
televisyen diambil dari perkataan greek iaitu "tele=jauh" dan
visyen/vision dari perkataan latin iaitu penglihatan.
Sebab apa dikatakan bagus, penyampaian atau suatu dokumentri maklumat diterjemahkan melalui visual imej dan bunyi ( Ia juga dikenali media telekomunikasi ). Maka otak pun bekerja secara mudah untuk menerima sesuatu maklumat dan terus tersemat kedalam otak. Maka tidak hairanlah, sang Perkasa/penguasa meminati medium televisyen ini supaya suku-suku maklumat diterima oleh mereka. Hendak diberi peluang kepada orang lain, payah bebenor kata oghang Perak.. hehehehe.. Bila dilihat video dibawah ini, kita dapati mudahnya pengaruh televisyen meresapi jiwa kanak-kanak dan jiwa orang yang berumur baligh jangan tanya tang mana depa duduk?? ~ngee~ngee~ngee...








Kita cerita bab Internet pula, Boleh dikatakan terletak di nombor 4 selepas radio dan akhbar dalam survey ikut suka Wak. Kerana boleh dikatakan internet belum sampai tahap yang memuaskan. Tak kiralah, anda menggunakan apa jenis pakej pun. Pada suatu tahap berlakunya seperti pilihanraya ataupun cerita gempar dalam Malaysia. Jalur yang lebar akan menjadi sempit dan Wak nak terangkan pun tak beberapa mahir. Sebab bukan bidang Wak nak membicarakan berkenaan network ini.



Keistimewaan internet ini, kita boleh dapati maklumat secara bebas dan kebanyakkan portal news bergenre politik tanahair pun dah melambak tak terkira semenjak peristiwa menarik pada tahun 2008. Boleh Wak katakan tahun 2007-2008 adalah tahun celik i.t "rakyat Malaysia". Kalau nak ikut penunjuk aras atau flow tersebut, Wak dapati internet still kebelakang dari televisyen. Bukan kerana apa, internet dari segi kawasan liputan yang terhad dan tak boleh lawan sama dengan "Macam-macam Ada" dan "infotainment anda". Dan faktor masyarakat yang terpisah dari teknologi ini pun ada juga. Mana tidaknya, mereka lebih selesa/gemar kongsi akhbar di warung-warung kopi.



*Generasi muda seperti Wak pula, lebih gemar berinternet tambahan pula ceruk piruk televisyen dan radio sibuk berkempen bab "Facebook" atau ruangan borak sosial. Lihatlah sekeliling anda, rakan-rakan dan saudara anda banyak bual berkenaan web borak sosial tersebut. Keburukan internet ini dari segi kebebasan tanpa batas dan lunas agama pun depa tak ambil port...



Kesimpulan yang boleh buat dari kedua-dua medium informasi ini. Boleh Wak kelaskan televisyen adalah medium yang terbaik dan sang perkasa/penguasa usah khuatir. Cuma jangan dok pusing "i'm always right" sebab tahap generasi muda dan orang yang celik IT akan check and balance sesuatu "infotainment". Manakala yang selesa dengan internet sebagai menyampaikan maklumat, kena cari mekanisme supaya tak tenggelam dan kenalah kerja kuat lagi. Dari posisi internet pula, kita jangan mudah mempercayai sesuatu unsur perniagaan online untuk mencari duit lebih. Lihatlah akhbar baru-baru ini, membicarakan penipuan di ruangan siber. Bab fitnah jangan sembanglah, pun banyak perisa kari dan garam untuk menyedapkan lagi fitnah..hehehehe.. Sebagai penutup kemenangan Televisyen, kita layan lagu ni sat...



wakjeng



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...