Rabu, November 10, 2010

BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu


LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.


KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

kosmo

4 ulasan:

  1. En Fadzley Yakob seorang motivator jemputan, rancangan motivasi pagi radio IKIM. Hebat tu...

    Tapi dah keluar cerita ni, tawar hati nak dengan ceramah dia...

    BalasPadam
  2. Itu cuma dakwaan BBC, belum ada bukti dan siasatan sedang dijalankan.

    Jangan buat spekulasi sebelum terbukti dakwaan itu.

    Mungkin itu satu usaha Britain untuk memburuk-burukkan apa saja yang datang dari Malaysia.

    Daripada: Shah

    BalasPadam
  3. Salam,

    PhD selalunya makan masa dua hingga tiga atau pun lebih.
    Tempay Fazly dapat PhD a bit unknown

    BalasPadam
  4. everything and anything can be bought online these days...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...