Oleh Fadhil Osman
Akhirnya BN diisytiharkan menang di Galas dan Batu Sapi. Di Galas BN merampas kerusi yang dimenangi oleh PAS tahun 2008 dulu. Manakala di Batu Sapi mereka mempertahankan kerusi yang mereka menangi tahun 2008 dahulu.
Maka tersenyumlah Najib dan Muhyiddin. Lebih penting lagi Rosmah tersengeh-sengeh. Tidak sia-sia Rosmah menggalas tugas suaminya merasmikan program besar negara. Tidak sia-sia beliau bertemu dengan pemimpin luar negara sebagai menggantikan suaminya. Tidak rugi beliau meminta peruntukan RM 111 juta untuk Permata Negara berbanding hanya RM 95 juta untuk SAR. Tidak ada kesan apa-apa menaikkan harga minyak petrol RM 0.05 sen beberapa hari yang lalu. Semuanya bahkan menaikkan undi BN lagi.
Muhyiddin pula dan BN, tidak segan-segan meratah jentera kerajaan sepuas-puasnya. Habis sekolah, dengan murid-muridnya, guru-guru, ibu bapa, polis, tentera, pegawai kesihatan, hospital dan pelabagai agensi dikerah bagi berkempen untuk UMNO. Dengan pelbagai janji manis dan peruntukan dari langit melimpah ruah jatuh ke Galas. Semuanya digunakan semaksimum mungkin tanpa rasa malu dan segan.
Hampir tergelak sekalian rakyat yang cerdik telatah SPR yang diperkudakan BN. Kalau PAS buat, semuanya ditohmah rasuah, walaupun ianya zakat. Tapi yang dibuat BN, depan mata dengan sogokan berjumlah RM 250, RM 100, RM 1000 dan pelbagai rasuah wang dianggap bersih. Kesian SPR yang masih hitam dari udara demokrasi.
Di Batu Sapi, apakah keburukan yang tidak dilemparkan oleh BN terhadap pembangkang khususnya Pakatan Rakyat? Naik jemu kita mendengar pujian melangit media terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan BN. Kononnya hanya BN layak perintah negara. Pembangkang pula - lembaplah, rasuahlah, tidak cekaplah, tidak peduli rakyatlah, tiada wawasanlah dan macam-macam lagi perkataan buruk dilemparkan.
Sekiranya inilah trend kerajaan BN dalam berkempen yang tidak mempedulikan etika dan menjaga kebebasan media, maka sukarlah indeks kebebasan akhbar negara untuk meningkat. Labih jauh lagi, bagaimana Malaysia akan diiktiraf dunia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi yang sebenar.
Apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini. Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan? Berselindung disebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?
Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan ini memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi akan kembali dimenangi dalam Pilihanraya Umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok tahun 2008. Kerana Pilihanraya Kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat!
SK
Sahabatku Biaqpila!. Terimalah sesuatu yg dah ditentukan oleh ALLAH1. Sebagai org Islam dan yakin pada ajaranya didalam "Qada' & Qadar" Allah, anda sewajarnya menerimanyadgn hati terbuka.
BalasPadamJgn asyik memprotes itu dan ini. Terima dgn hati terbuka dan kaji/muhasabah diri apa yg silap yg anda dan rakan2 dr PAS telah lakukan. Ingat, semakin sedar dan dapat menilai mana yg baik dan yg buruk.
Bersatu lah demi kejayaan bersama. Bagi KAPAK, UMNO & PAS bagaikan abg dg adik, jadi siadik kenalah hormatkan abgnya dan bersatu didalam perancangan masa depan Umat Islam keseluruhannya. Jgn nak mimpi untuk kuat jika asyik bercakaran dan buruk sangka. Kekuatan PAS tidak menjanjikan sesuatu yg mutlakpun. Ingat, teguran Allah," jika kamu asyik berckaran dan bercerai berai, akan dtg umat lain yg akan menghancurkanmu". Sebagi umat Islam kita wajib yakin itu akan berlaku jika ikatan kita Umat Islam tidak bersatu.
Adakah perebutan kuasa ini akan menjadikan Umat Islam hancur di bumi sendiri? Fikirkan lah....
ishhh entah la, dunia2 politik ni kalau betul2 ke jalan Allah mmg semuanya lancar
BalasPadamTerkini : Mati disengat tebuan
SALAM
BalasPadamBari laluan Biaqpila
Sdr Kapaktajam,
Yang duk suruh Pas ber1 dgn UMNO tu pasai apa?
UMNO kini dulu selamanya ber1 sendiri-sendiri ke?Dia +MIC,MCA dan berpuluh parti lagi.Semua tu parti Islam ?
Pas bergabung dengan PKR dan DAP.Ikrar nak perjuangkan Keadilan.Keadilan mengikut perspektif Islam.Salah ke?
Kenapa pertikaikan bangsa dalam DAP dan perjuangannya.Apakah bangsa dalam MCA semuanya bagus?
Betul ke UMNO nak perjuangkan Islam? Yang kecil-kecil pun tak selesai inikan pula nak perjuangkan Islam secara menyeluruh.
Menang UMNO dengan cara tidak bermaruah.Umpama Pisau di tangan penjahat ditusuk ke dada orang baik. Saya tak kata pas orang baik UMNO orang jahat.Kalian boleh nilai sendiri.Allah mentakdirkan kekalahan ,kecederaan, kecelakaan dan lawannya keberuntungan serta kemenangan .Terpulang kepada kita nak merumuskan sebab dan akibat serta hikmah disebalik setiap kejadian sekecil-kecil dan sebesar-besar ,seterang-terang atau tersembunyi.
Memang Allah beri kemenangan kepada UMNO/BN,kita tak nafikan.Bahkah dapat memerintah sampai sekarang pun Allah yang kurnia.
Sebagai orang Islam harus ada dalam penilaian kita ,apakah sesuatu pemberian itu
secara istidraj atau sebaliknya .
Kalau dalam penilaian prestasi kerja ,ada ruang untuk kita nilai pencapaian kita sendiri maka dengan Allah kita nilailah sendiri kita di sisi-Nya.
Ada manusia menilai menang itu betul
Kalah itu salah
Tapi bagi kami menang tidak bererti betul
kalah tidak bererti salah.
Pesan TGNA ,jangan KECEWA dalam perjuangan
Bagi orang-orang yang yakin; perjuangan tetap diteruskan biarpun menghadapi berbagai ujian
Sehinggalah kebenaran hakiki akan menjelma.
Insya-Allah!Takbir!
mbwahaha... dah agak dah... kemenangan tak bermaruah lah... rasuah lah... pengundi hantu lah... bla3... terima jelah hakikat... pengundi sekarang bijak... tau sapa boleh wat keje... bukan janji palsu... 20tahun memerintah masalah tanah tak selesai... bosan...
BalasPadamSetuju dengan KAPAKTAJAM.
BalasPadamMenang tak semestinya betul,kalah tak semestinya salah.Macamana dengan kemenangan parti PKR di empat negeri sebelum ni?Adakah ianya betul atau salah?
Politic is about who sit on the top.Yang kalah akan kata yang menang menipu.Samalah juga bila yang kalah tadi menang dan jadi pemerintah.Si kalah akan cakap yang menang tu menipu juga.Tak ada yang betul.