Jumaat, November 05, 2010

Isu tanah antara faktor PAS terjejas di Galas


GUA MUSANG, 5 Nov: PAS melihat masalah tanah antara faktor utama menyebabkan parti itu gagal mempertahankan Dun Galas pada pilihan raya kecil semalam.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masalah tanah masih menjadi rungutan sebahagian rakyat dan mereka juga terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak lawan.

“Usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah tidak difahami mereka. Sedangkan usaha ke arah menyelesaikan hak milik sedang dilakukan dan tentunya mengambil masa untuk diselesaikan.

“Keadaan menjadi tambah keliru kerana ada pihak membangkitkan pelbagai isu mengenai tanah biar pun penjelasannya mengenainya sudah diberi kerajaan negeri,” katanya di sini, malam tadi.

Selain itu juga faktor beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela yang berkampung di penempatan Orang Asal sejak 15 Oktober lalu menyebabkan pergerakan penduduk tempatan terbatas.

Malah katanya, agensi kerajaan pusat terbabit mengawal ketat pergerakan pihak lain yang memasuki penempatan berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini memberitahu ketika kerajaan negeri menganjurkan program penyampaian surat peserta penempatan berkelompok kepada penduduk Orang Asal, agensi kerajaan terbabit membawa keluar sebahagian penduduk mengelakkan mereka hadir ke program terbabit.

Abdul Halim yang juga anggota parlimen Pengkalan Chepa berkata, kemerosotan juga berlaku terhadap pengundi Cina terutamanya di saluran pengundi muda.

Bagaimanapun katanya, pengundi di saluran satu dan dua masih kekal bersama PAS.

Manakala pengundi atas pagar pula dilihat lebih cenderung kepada BN sehingga menyebabkan banyak undi PAS terjejas.

“Isu pembangunan Ladang Rakyat juga menjadi isu di kalangan rakyat di mana ramai yang masih keliru,” katanya.

HD

2 ulasan:

  1. ikhlaskan diri murnikan hati,cuba cari salah sendiri, biar berani mengakui kelemahan diri, bukankah yg buruk itu kerana kekurangan kelemahan diri sendiri????????????? itukan yg al quran dan as sunnah ajar dan wajib dipatuhi????????????????????

    BalasPadam
  2. Yelah terima kekalahan sebagai kelemahan diri sendiri sudey

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...