Khamis, November 04, 2010

PAS kenalpasti taktik-taktik terakhir Umno

Rabu, 03 November 2010


GUA MUSANG, 3 November - PAS menjangkakan pihak lawan, Umno-BN akan menggunakan taktik untuk membeli undi pada saat akhir bagi membantu memenangkan parti itu dalam pilihan raya kecil Dun Galas esok.


Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman berkata Umno-BN mengambil tindakan berkenaan sebagai merupakan serangan terakhir.


"Kita mendapat maklumat bahawa kira-kira RM1,000 akan diperuntukkan untuk membeli setiap satu undi, manakala jumlah wang yang sama akan digunakan untuk membeli setiap satu undi penyokong PAS," katanya ketika ditemui di Bilik Operasi Jabatan Pilihan Raya PAS.


Dalam pilihan raya yang dijangkakan menjadi sengit ini, beliau yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa tidak menolak kemungkinan berlakunya pembelian undi pada saat akhir dengan jumlah yang dinyatakan.


"Apa sahaja boleh berlaku dalam keadaan mereka terdesak untuk menang dan kita juga mendapat maklumat mengenai kehadiran kira-kira 100 orang daripada Johor serta beberapa tempat yang lain," ujarnya.


Ujarnya, mereka itu akan menggunakan kad pengenalan yang dibuat khusus untuk membolehkan mereka mengundi pada hari pengundian esok.


Malah katanya, isu 'kad pengenalan baru' yang dibuat untuk 'pengundi yang diimport' bagi menggantikan 'pengundi sebenar' yang tidak keluar mengundi dijangka menjadi hangat serta menjadi senjata utama Umno-BN.


Difahamkan kira-kira 500 kad pengenalan disediakan kepada orang yang akan keluar mengundi bagi menggantikan pemilih yang didapati tidak berminat keluar membuang undi.


Abdul Halim berkata, strategi saat-saat akhir itu menjadi taktik popular yang biasa digunakan pihak lawan memandangkan kempen Umno-BN agak sejuk sedikit.


“Namun PAS akan terus memantau pergerakan mereka dengan kelengkapan canggih seperti penggunaan kamera dan video,” katanya lagi.
Menurutnya tumpuan kempen jentera BN dan Umno sekarang terhadap penyokong PAS kelas C dan golongan atas pagar dengan mengumpankan sogokan wang ringgit dan barangan.


Abdul Halim juga berkata, sebagai pengarah pilihan raya BN Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah cuba mempertahankan maruahnya di Gua Musang dan tidak mahu banyak bergantung kepada Umno pusat.


Sumber Umno pula memberitahu bekalan duit yang sepatutnya dilaburkan semasa pilihan raya difahamkan belum beredar di kalangan petugas parti.
“Keadaan itu menyebabkan ramai tenaga kempen Umno dan BN jarang kelihatan bersama akar umbi kerana duit tidak sampai ke bawah,” ujarnya lagi.


Walau bagaimanapun, Abdul Halim memaklumkan pihak PAS telah bersiap sedia dengan jentera yang khusus bagi menangani apa jua masalah yang berlaku.


"Kita telah bersiap sedia dengan jentera khusus seperti pasukan petugas yang diletakkan di setiap pusat pengundian dalam usaha menangani masalah yang akan berlaku esok," ujarnya lagi.

n45galas


2 ulasan:

  1. JANGAN LUPA KAN UMNO PANDAI BAB PENGUNDI HANTU!!! JANGAN LUPA PERJUAGAN KITA, PERLU ISTIQAMAH!!

    UMNO SENTIASA MENGGUNAKAN TAKTIK PENGUNDI HANTU.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...