Selasa, November 23, 2010

ROS Mainkan PR

Oleh laniisma

Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadiPakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.

Saifuddin Nasution SU PKR berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.



Nampaknya PR dimainkan ROS. Semalam Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan PR untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

ROS dibawah pemerintah BN dan Umno sebagai tuannya. ROS akan sedaya-upaya menolong tuannya. Kalau dapat melengah-lengahkan permohonan PR, dikira itu pertolongan untuk tuannya. Tuannya tetap bersyukur kalau ia dilambatkan atau kalau tak jadi PR di bawah satu lambang, tuannya akan lebih bersyukur. Itulah sebabnya kita lebih mempercayai Saifuddin dari Md Alias Kalil. Ia akan menjadi lebih banyak 'songel'nya.

Tuannya nampak kesukaran sekiranya PKR-PAS-DAP berada di bawah satu parti dan satu lambang. Kalau menggeletarnya sebelum ini boleh menggetarkan gigi, kali ini menggeletarnya boleh sampai ke tulang sumsum. Jadi ada baiknya PR tidak menjadi satu. Nampaknya ROS lebih berminat menjadikan PR sebagai Pakatan Rakyat 1Malaysia.

Itulah yang terdaya ROS lakukan untuk tuannya... sesekali salakannya boleh menjauhkan pencuri mendekati rumah tuannya. Baik tuan!!!

DD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...