Selasa, November 02, 2010

Rosmah Pangku Tugas Najib, Langgar Hierarki Negara





KUALA LUMPUR 2 NOV: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam beberapa acara yang tidak boleh disertai Datuk Seri Najib Razak menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku Perdana Menteri.

Malah Rosmah yang turut seolah menggantikan tugas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dimaktubkan dalam Perlembagaan bagi menggantikan tugas Perdana Menteri jika ia sakit atau uzur.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia berkaitan tanggungjawab rasmi Ketua Negara sedangkan hierarki kepimpinan masih lagi wujud.

"Sekarang ini berlaku benda-benda yang tak sepatutnya berlaku, bagaimana seorang isteri boleh mewakili PM sedangkan kita ada lagi Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri.

"Ini melibatkan dasar negara, perkara yang seharusnya ada pertanggunjawabanlah dalam soal mewakili jawatan-jawatan yang tertentu ini," katanya.

Rosmah dilaporkan Bernama merasmikan dan membaca teks ucapan Najib ketika majlis perasmian Karnival Deepavali 1 Malaysia di Little India dekat Brickfields dan Jalan Tengku Kelana, Klang walaupun tiada jawatan rasmi dalam kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abd Hamid pula dengan sini menganggap betapa ini menunjukkan kebenaran spekulasi bahawa Rosmah bertindak sebagai 'kuasa' sebenar di belakang Najib sendiri.

"Dah lama kita tau semua dah taulah kalau Najib tak sakit memang dia jadi perdana menteri dah pun. Tapi apa yang jelas melihat keadaan sakit PM ni memberi

ruang besar, spekulasi yang dibuat orang ramai bahawa beliau above the PM lah.


"Kesesuaian dengan Najib sakit, peranan itu diambil beliau untuk menonjol diri sebagai acting PM. Saya setuju sebab gaya itu lebih dari Menteri dan lebih dari Perdana Menteri," katanya.

tvs


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...