Jumaat, November 05, 2010
Tukang urut 'kantoi'
SHAH ALAM – Tiga buah pusat urut di U13 Setia Alam dekat sini diserbu dalam satu operasi bersepadu oleh sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Imigresen Selangor.
Hasil pemeriksaan dua daripada premis terbabit beroperasi tanpa lesen dan menggaji pekerja asing secara tidak sah.
Ketua Operasi, Hairul Hanif Abu Taib berkata, ke semua barangan daripada pusat urut tidak berlesen disita manakala sebuah lagi lesennya ditarik setelah didapati melanggar syarat lesen.
Berdasarkan aduan ketiga-tiga buah pusat urutan terbabit dipercayai menawarkan khidmat urutan batin dan seks kepada para pelanggan.
”Salah sebuah daripada pusat urutan ini kita telah sita barangannya sebanyak tiga kali namun pemiliknya masih berdegil dan meneruskan operasi,” katanya ketika ditemui di sini.
Tindakan diambil di bawah Undang-undang kecil pusat kecantikan dan penjagaan Kesihatan (MBSA) 2007 Peruntukan 3 kerana menjalankan perniagaan pusat urutan tanpa kebenaran dari pihak Majlis.
Operasi yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor ini turut menahan dan memeriksa 10 orang gadis tempatan yang bekerja sebagai tukang urut.
Manakala 18 tukang urut warga Thailand dan Indonesia ditahan pihak Imigresen.
Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Johari Supardi berkata, ke semua tukang urut yang ditahan kerana menyalahgunakan lawatan pas sosial.
“Dua orang penjaga premis ditahan untuk siasatan lanjut manakala yang lain di bawa ke depoh tahanan Imigresen KLIA.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55B kerana menggaji pekerja warga asing secara tidak sah
Dalam operasi sama, sebanyak 76 set komputer disita daripada dua buah pusat siber yang beroperasi secara haram U5 Puteri Subang.
Tindakan diambil di bawah undang-undang kecil pusat siber dan kafe siber MBSA 2007 Peruntukan 3 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen.
SH
Depa tak heran nyer ttg sita menyita, denda mendenda ni.Berapa sen sangat. Saya cadangkan buat akta sebat 1x atau 2x jika terbukti salah. Hukuman gini, barulah dirasa sama rata, baik miskin atau kaya.
BalasPadamala, dieorg ade duit, esok lusa bukak lain pulak :P
BalasPadamTerkini : Pengsan 100 kali sehari
Samat cakap,
BalasPadamAda duit pun duit lendir haram,7keturunan makan duit lendir,sebab tu maksiat dan delagat remaja melayu kita dengar sanasini runtuh ahlak,memalukan bangsa....tapi kot....boss2 melayu pura2 pandang belakang,seakan tanggungjawab hanya buat loyar merepek buruk,lebih2 lagi wakil YB melayu,kita walau belainan pendapat(politik)tapi demi bangsa dan agama kita harus bersatu.....