Ummi Hafilda berkata memutuskan untuk kembali menentang Azmin dan Anwar atas alasan mereka sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.“Sekiranya saya bercakap lebih-lebih, ia akan libatkan maruah keluarga.
“Bak kata pepatah tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri,” kata ahli perniagaan ini“Tetapi atas perjuangan, saya terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu,” katanya.
2. Mahathir Mohammad suruh orang yang lawan ketuanan Melayu bertaubat.
Menurut Dr. Mahathir, PKR perlu dibubarkan dan pengikut parti itu sewajarnya kembali menyertai UMNO berikutan kekalutan yang berlaku dalam parti itu.Kata beliau, sudah tiba masa bagi semua pengikut parti berkenaan 'bertaubat' dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO yang merupakan sebuah parti besar Melayu.Beliau memberitahu, dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti untuk mendokong perjuangan sebenar, sekali gus menjadi penebus maruah bangsa. (link)
3. Sultan Pahang ampunkan perempuan minum arak.
"Sultan adalah pemerintah tertinggi dalam bidang agama Islam. Baginda boleh menentukan apa saja hukuman berdasarkan kepada kepentingan orang awam. Baginda telah melaksanakan apa yang betul," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysa (PGSM) sebelum ini yang mempertikai keputusan Sultan Pahang menarik balik hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika baru-baru ini dan diganti dengan khidmat masyarakat selama tiga minggu. (link)
4. Utusan tanya "Apa akan terjadi bila blogger mesra kerajaan beralih kiblat?"
Blog AIDC yang hebat menghentam pembangkang hampir-hampir mati (sudah mati pun) kerana tiada bantuan. Kos untuk mengekalkan jentera pelayarnya sahaja sekitar RM26,000 sebulan. Siapakah yang menjaga mereka?Apakah pihak-pihak tertentu sedar perkara ini?
Bukan tujuan saya untuk mendapatkan atau mencari jawapannya. Kita sedar pihak tertinggi ada bertemu mereka. Tapi mana susulan (follow-up)? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan.
Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat? (link)
...................
APA BENDA NI?
Kiblat?Taubat?Sultan overwrite mahkamah Syriah?
Kibat ada satu aje kat Mekah tu.Pegangan politik bukan kiblat.
Apa kaitannya Ketuanan Melayu dengan taubat atau dosa?
Kalau aku murtad Melayu,perlu ke aku mintak ampun dengan Tuhan?
Kalau aku sokong ketuanan Melayu,
perlu ke aku mengaku Kahar Ahmad adalah Nabi aku sebab dia mengaku diri dia Rasul Melayu?
APA BENDA NI?
Kiblat?Taubat?Sultan overwrite mahkamah Syriah?
Kibat ada satu aje kat Mekah tu.Pegangan politik bukan kiblat.
Apa kaitannya Ketuanan Melayu dengan taubat atau dosa?
Kalau aku murtad Melayu,perlu ke aku mintak ampun dengan Tuhan?
Kalau aku sokong ketuanan Melayu,
perlu ke aku mengaku Kahar Ahmad adalah Nabi aku sebab dia mengaku diri dia Rasul Melayu?
Makin lama makin ramai yang guna agama nak main politik.
Sumber: cursingmalay.blogspot.com
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...