Ahad, Disember 05, 2010

Demo air: Tuntut hak bukan galak jenayah




KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" yang dirancang Kerajaan Selangor bukan mahu menggalakkan perbuatan jenayah, tetapi bagi menuntut hak rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menegaskan demikian sebagai menafikan dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bahawa himpunan esok hanya "menggalakkan perbuatan jenayah" di kalangan masyarakat.

"Kebebasan mengadakan perhimpunan aman seperti yang termaktub mengikut Fasal 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas dasar ini Kerajaan Negeri telah membuka ruang kepada rakyat untuk menyatakan sokongan mereka kepada usaha mengambilalih pengurusan air dari syarikat swasta yang nyata gagal membekal air bersih dengan harga yang berpatutan," katanya.

Merujuk kepada beberapa kes yang dianjur beberapa NGO sebelum ini, mahkamah memutuskan tidak salah bagi rakyat untuk berhimpun di masjid yang merupakan rumah ibadat bagi umat Islam.

Rakyat Selangor serta pimpinan negeri katanya hanya mahu mendapatkan perhatian Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat rakyat mencari keadilan dan berlindung supaya hak rakyat tidak diketepikan dalam isu air apatah lagi dalam ketika hidup rakyat semakin perit dengan harga barangan asas yang meningkat.

"Tujuan ini jauh menyimpang dari anggapan Ketua Polis Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan mengambil sikap professional ketika memantau perhimpunan aman esok dan semua pemimpin yang hadir akan memberi kerjasama pihak berkuasa agar semua berjalan lancar," katanya lagi.

Kerajaan Negeri juga menyeru agar rakyat yang bersama kerajaan Negeri bertenang dan sentiasa bersikap rasional ketika menyertai perhimpunan aman tersebut esok.

Makluman juga telah dibuat kepada polis termasuk, Ketua Polis Kuala Lumpur, Pejabat polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam Malaysia (Bar Council).

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Masa Yong belajar di England, selalu ada himpunan. Biasanya dianjurkan oleh NGO. Parti politik pun memilih untuk sokong atau tak sokong. Polis akan keluar TV untuk buat kenyataan. Tapi polis tak akan kata demo haram. Sesiapa ikut demo akan ditangkap dan didakwa, mungkin kena penjara. Sebaliknya polis akan nasihat pengguna jalan raya yang tak berkaitan dengan demo supaya mengelak dari masuk ke jalan2 tertentu yang mungkin jam. Polis siap tunjuk peta jalan mana yang akan dilalui pendemo, dan jalan alternatif untuk pengguna.

    Pada hari berkenaan ramai le polis menguruskan hal lalu lintas. Wakil pendemo keluar TV menyatakan kenapa mereka nak demo. Orang yang anti-demo pun keluar TV jugak menyatakan kenapa mereka tak suka demo. Polis tak komen apa2 pasal isi demo. Dia buat kerja secara profesional menjaga keselamatan. Polis tahu kalau demo jadi huruhara, polis akan dipersalahkan kerana tak pandai jaga keselamatan, bukan pendemo. Sesiapa yang mengeluarkan kata2 yang tak patut dalam demo, (misalnya menghina kaum lain, agama dan wanita) akan didakwa.

    Polis juga tahu kalau demo tak terurus dengan baik, akan ada makhluk2 perosak yang akan menyebabkannya huruhara. Jadi anda mungkin ditahan oleh polis semasa berjalan ke demo untuk tengok apa anda bawa. Inipun jika lagak anda kelihatan mencurigakan. Pendemo bawa budak2. Selalunya amat meriah. Siap dengan band dan penyanyi! Ade juga syarikat TV swasta yang akan buat "live."

    Bilakah kita akan melihat suasana begini???

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...