Khamis, Disember 23, 2010
Disebalik Himpunan Remaja Berlambangkan 1Malaysia
Gagasan 1Malaysia bukan mainan politik? 1Malaysia bukan asimilasi?? 1Malaysia bukan idea dari luar??? 1Malaysia bukan untuk lenyap identiti etnik kaum……???
1Malaysia bukan bukan hanya ucapan, 1Malaysia bukan hanya laungan dan 1Malaysia bukan perjuangan Melayu.
Sementara hari ini Perdana Menteri Datok Seri Najib menafikan lagi, 1Malaysia bukan ciplakan dari mana-mana pihak, namun timbul dari ideanya sendiri??
Pada sidang Dewan Rakyat pertama Najib dilantik sebagai Perdana Menteri 15 Jun 2009, Najib memberitahu, formula 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.
Antara teras-teras perpaduan itu katanya adalah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan Keadilan Sosial.
Manakala, kata Najib, nilai-nilai aspirasi merangkumi budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab, budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan, keberanian untuk meneroka peluang-peluang baru, meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara, ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.
Maka, apa yang baru tentang 1Malaysia?
Teras perpaduan dan nilai aspirasi yang dinyatakan oleh Najib itu, semuanya telah diperkenalkan dan diwujudkan sejak zaman selepas merdeka!
Oleh itu, apakah sebenarnya 1Malaysia?
Minggu lalu, di Kuala Terengganu, program kerajaan telah di ‘umno’kan dengan menggunakan lambang 1Malaysia.
Lalu dilancarkan satu kelab disebalik logo 1Malaysia, yang diberi nama ‘Kelab Motor Terengganu’ kononnya untuk menarik golongan remaja dari terjebak dengan gejala rempit.
Maka diberikan wang ‘sogokan’ 1Malaysia kepada para peserta.
Mereka yang mahu menyertainya, mesti mendaftar di pejabat DUN Umno, mengambil baucer, dan mendapat habuan apabila membawa baucer tersebut ke Stadium Tertutup Gong Badak.
Apabila ditanya kepada pemuda-pemuda tersebut, sekiranya tidak diberikan ‘sogokan wang 1Malaysia’ itu, adakah mereka akan pergi ke Stadium?
”Haram…. Aku takkan pergi….,,”jawab spontan seorang peserta dari parlimen Kuala Nerus, yang menambah, mereka juga dijanjikan, akan diberikan sogokan ‘Helmet (topi keledar) 1Malaysia’ dan jaket 1Malaysia.
Sewaktu pulang dari program kerajaan yang di ‘Umno’kan dengan lambang 1Malaysia itu, seorang peserta bukan sahaja membawa satu helmet berlambangkan 1Malaysia, tetapi ada yang bawa 2 buah helmet dan ada yang bawa pulang 4 buah helmet.
Jadi, kalau dari segi jumlah helmet 1Malaysia yang diedarkan memang tepat jumlah mungkin mencapai 32,000 butir, sebagaimana yang Najib dakwa, 32,000 orang yang hadir!??
Helmet sudah dapat, mana pula jaket 1Malaysia?
Dikaca TV dipaparkan, Najib turut menyerahkan jaket-jaket hitam berlambangkan 1Malaysia kepada wakil-wakil peserta.
“Jaket akan dapat kemudian, belum siap lagi,”jawab pemuda yang juga pernah menyertai program Bakti Remaja dengan wang sogokan sebanyak RM500.
Sementara itu, program 1Malaysia tahun lalu (2009) menggunakan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Manakala program1Malaysia tahun ini (2010) menggunakan slogan Menjana Transformasi.
Semalam, Di laman sosial Twitter, Ketua Pemuda Umno 1Malaysia, Khairy Jamaludin membuat catatan, beliau sedang berada di Melaka, menaiki bas rombongan 1Malaysia.
Selepas program di Stadium Gong Badak, rombongan 1Malaysia itu telah bergerak ke Kampung Losong, untuk program berlambangkan 1Malaysia, membaiki rumah rakyat miskin.
Najib juga pernah berjanji sewaktu pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu akan membina beratus-ratus rumah untuk rakyat miskin di Hiliran bersebelahan Kampung Losong.
Namun sehingga kini, sebutir pasir pun belum kelihatan untuk membina rumah-rumah pangsa itu! Mungkin kerana semasa rancangan tersebut diumumkan, Najib terlupa menyebutkannya sebagai rumah pangsa 1Malaysia!
Dalam masa yang sama, di Kuala Lumpur dikhabarkan beratus ribu kemeja T, berlogokan 1Malaysia siap diedarkan untuk pilihanraya kcil DUN Tenang.
Umno telah berjaya memakaikan ‘orang asli’ di DUN Galas dengan T-Shirt tersebut beramai-ramai dan masuk mengundi di tempat membuang undi.
Ia mungkin satu trend 1Malaysia yang menjadi ikutan dan diamalkan dalam pilihanraya kecil DUN Tenang akan datang kerana T-Shirt 1Malaysia itu tidak ada di beri pakai tanpa pemakainya menerima sogokan 1Malaysia.
Sebagaimana peserta Himpunan Remaja yang dilaporkan mendapat Helmet 1Malaysia dan Jaket 1Malaysia!
** Khairy masih 'round' lagi dan sedang berada dalam bas 1Malaysia............???
BO
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
ha ha ha... hari hari kena tipu dengan slogan 1malaysia... apa benda yg satu pun aku pun xtahu... lepas ni ada gelombang 1... segala galanya 1... lepas ni angka lain xwujud... hanya 1... ha ha ha... susah x klu angka lain xwujud.. hanya ada 1...
BalasPadam