KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam Selasa, menurut sumber hari ini.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 Nov lepas, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter.
BERNAMA
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...