Sendat, Ketat dan Jarang..
*Wanita Melayu digalakkan baca.
Suami..tegur isterimu yang bajunya singkat..
Yang mendedahkan bentuk punggungnya dari belakang seluar,
Paling kurang labuh bajunya harus menutup hampir separuh punggungnya,
Agar kurang difikir lucah oleh mana-mana lelaki bukan suami,
Kuat halang..tegas tegur isterimu yang pakai ketat-ketat..
Baju ketat..kain ketat..seluar ketat,
Sanggupkah kau melihat isterimu berjalan ke sana ke mari ibarat bogel walau berpakaian ?
Bajunya ketat menjadikan bentuk buah dada terlalu menonjol dari luar,
Bajunya jarang menampakkan samar-samar baju dalamnya,
Seluar atau kain dipakainya sendat terlalu mengikut bentuk peha dan punggungnya,
Seluar atau kain dipakainya ketat menampakkan garisan seluar dalamnya dari luar,
Inilah diistilahkan berbogel walau berpakaian,
Katakan pada isterimu, itu bukan soal hak individu lagi..tetapi hak suami..
Hak suami untuk memelihara isterinya daripada imaginasi nafsu liar dari kaca mata lelaki bukan suami,
Ada pihak kata..
"Semua lelaki ada nafsu, masing-masing kawal nafsu sendiri.."
"Berimaginasi lucah tentang mana-mana wanita yang dilihat bukan salah wanita itu berpakaian 'meransang nafsu', tetapi salah lelaki tersebut tidak dapat mengawal fikirannya sendiri.."
"Perempuan berpakaian 'merangsang nafsu' tak kena rogol pun..pakai tudung, pakai tutup-tutup pun kena rogol jugak.."
"Hak berpakaian adalah hak individu.."
Memang setiap lelaki harus kawal fikiran dan nafsu sendiri..itu betul,
Kerana minda dan nafsu yang terangsang itu milik lelaki itu sendiri,
Bernafsu terhadap wanita itu normal dan lumrah,
Tetapi apabila seseorang lelaki memikirkan sesuatu yang lucah tentang seseorang wanita , itu juga bermaksud dia telah mencemarkan peribadi wanita itu di dalam mindanya..
Jika anda berimaginasi lucah tentang perempuan lain mungkin tidak mengapa bagi anda, tetapi apa pula perasaan anda jika lelaki-lelaki asing berimaginasi lucah tentang isteri anda ?
Seorang suami yang benar-benar sayang isterinya tidak mahu dan tidak sanggup mana-mana lelaki selain dirinya memandang dan memikirkan sesuatu yang lucah tentang isterinya,
Sebaliknya ada suami yang open minded dan merasakan tidak apa-apa membiarkan pemakaian dan penampilan isterinya yang mampu mengundang imaginasi lucah lelaki-lelaki asing..
Mereka kata, apa orang kita peduli apa..
Tetapi sebenarnya ada beza makna..
Antara 2 ungkapan reaksi ini..
"Cantiknya...sopannya wanita itu.." dan..
"Fuhh..seksinya wanita itu...
(sambil nafsu seks terangsang ke arah fantasi kelucahan),
Ungkapan mana satu yang menggambarkan persepsi negatif lelaki ?
Memang kita tidak boleh menghalang secara total..
Kita tidak berkuasa menutup mata dan minda seseorang dari berfantasi..
Itu kuasa lelaki-lelaki itu mengawal mata, minda dan nafsu mereka sendiri,
Tetapi..
Fantasi lucah dari mata lelaki-lelaki itu boleh dikurangkan dan dilambatkan jika wanita-wanita memelihara pemakaiannya dengan mengelakkan pakaian yang cepat mencetuskan nafsu lelaki,
Analoginya..
Berbaju labuh menutup punggung dan berseluar loose,
Berbaju ketat dan berseluar sendat,
Atau..
Berskirt labuh bawah lutut,
Berskirt pendek paras peha,
Kedua-duanya tidak menghalang mana-mana lelaki untuk berfantasi lucah..
Tetapi, mana satu yang lebih mudah dan lebih cepat merangsang nafsu lelaki ?
Ada bezanya..
Pemakaian wanita mempengaruhi sejauh mana fantasi lelaki dan secepat mana nafsu lelaki terangsang.
Jika lelaki yang terangsang nafsu itu suami tidak mengapa,
Jika lelaki yang terangsang nafsu itu bukan suami..????
*Gambar-gambar bersifat 'anonymous' di atas adalah hanya sebagai contoh untuk menyokong hujah penulis semata-mata, bukan untuk tujuan negatif dan kelucahan. Harap faham.
*Perkataan 'seksi' harus dihentikan penggunaannya..
Kerana ada pihak yang akan mengatakan 'seksi' itu subjektif,
Maka perkataan 'seksi' ini harus ditukar dan dirujuk kepada frasa yang lebih tepat..
Iaitu "merangsang nafsu'..
Maka, berpakaian 'seksi' bermaksud berpakaian 'merangsang nafsu'..
Sumber: manis18
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
skg ni kalau boleh semua nk tunjuk
BalasPadamTerkini : Rumah Berbentuk Telur | 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia
DBP kata Mencolok mata.Bukannya menjolok.
BalasPadam