Sabtu, Disember 11, 2010
Isteri tak ada bawa balik kekasih
SUNGAI KOB - Untuk memastikan perlakuan maksiat mereka tidak diketahui oleh penduduk, sepasang kekasih terpaksa masuk ke rumah melalui pintu belakang dan tinggal dalam keadaan bergelap di dalam bilik di sebuah rumah teres dekat sini, Selasa lalu.
Menurut penduduk yang tinggal berhampiran, ini bukan kali pertama si perempuan itu masuk ke rumah kekasihnya.
Perbuatan mereka yang meletakkan motosikal di belakang rumah sudah mendatangkan syak kepada penduduk di situ sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK).
Jurucakap penguat kuasa PADK berkata, mereka menerima panggilan telefon dari orang ramai kira-kira jam 11.45 malam dan pergi ke alamat dimaksudkan bersama empat penguat kuasa lain.
Menurutnya, dari pemeriksaan dibuat PADK mendapati ada motosikal diletakkan di bahagian belakang rumah dan orang ramai memaklumkan pasangan itu berada dalam rumah berdua-duaan.
“Apabila sampai ke rumah yang dimaksudkan, kami telah mengapung rumah itu sebelum memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK. Kami juga dimaklumkan ada sebuah motosikal diletakkan di bahagian belakang rumah dan orang ramai menyatakan pasangan kekasih itu masuk ikut pintu belakang rumah.
"Apabila pintu hadapan rumah di buka, PADK meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan dan menemui seorang perempuan di dalam bilik dengan hanya memakai baju dan berseluar pendek manakala si lelaki pula hanya memakai tuala. Dari siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram,” katanya.
Menurutnya, si lelaki masih berstatus suami orang kerana mempunyai isteri dan tiga anak tetapi sudah tidak tinggal bersama isterinya lagi.
Katanya, si lelaki mengambil kesempatan membawa kekasihnya itu untuk berasmara di dalam rumahnya.
"Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk membuat laporan dan akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap seorang," katanya.
SH
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...