Ahad, Disember 12, 2010

Ketuanan Melayu...Angkara PAS dan PKR!! ?


PKR dan PAS ni memang tak boleh harap. 53 tahun memerintah Malaysia, entah apalah yang dibuat agaknya?

Temasik sudah jadi Singapura. Diberi begitu saja kepada Lee Kuan Yew.

Pulau Batu Putih, PAS dan PKR main2 di Mahkamah Dunia (Hague) sehinggakan Singapura sekali lagi memalukan kita semua.

Persekutuan Tanah Melayupun PAS dan PKR gadaikan dan kini namanya dah bertukar kepada Malaysia.

Punyalah celaka PAS dan PKR, dipindanya perlembagaan negara pada tahun 1983 dan 93 yang melibatkan Raja-raja Melayu. Kuntut dah kuasa Duli2 Tuanku Raja-raja kita dek kerja jahat PAS dan PKR. Patutlah Sultan Selangor murka.

Entah apalah yang PAS dan PKR buat selama 53 tahun? Nama saja parti melayu dan islam. Statistik terakhir menunjukkan peratus miskin tegar negara yang paling tinggi adalah milik orang melayu rupanya. 96.7% peratus yang hidup di paras kemiskinan ialah orang melayu.

30% sasaran ekuti untuk bumiputera masih tidak upaya dicapai setelah 53 tahun merdeka. Dari RM54b ekuiti dan saham bumiputera, hanya RM2b sahaja masih kekal milik mereka. Siapa kebas? Dah tentulah PAS dan PKR.

Habis dah bahasa melayu dan Utusan Melayu ditongganglanggangkan....ini sapa punya kerja kalau bukan Anwar dan Hj. Hadi?

Siapa yang menghancurkan sistem kehakiman negara kalau bukan PAS dan PKR? DAP jangan ceritalah. PKFZ jadi rugi berbillion2 RM tu kerja sapa kalau bukan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Khalid Ibrahim yang asalnya cuma bomoh siam jadi kaya raya buat rumah sampai RM24juta. Habis diangkut bibik2 dan tukang gunting rambutnya ke Disneyland guna duit rakyat masa jadi MB. Kalau tak jatuhkan dia...habis perbendaharaan Selangor.

Sehari semalam aku boleh tulis kat sini pasal kedurjanaan PAS dan PKR. Tapi lu orang fikirlah sendiri ya...

53 tahun di bawah PAS dan PKR (walaupun baru ditubuhkan 12 tahun yang lalu), memang jahanam orang melayu. Patut sangatlah kita semua pakat2 mengundi UMNO pada pilihanraya akan datang. Itupun orang melayu tak sedar2.

Cheh!!

kopitiam-bang-nan



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Haha... kenapa terasa artikel kali ini sarcastic cket? terasa sungguh sinis maksudnya... Tetapi daripada kita asyik membuka pekung orang lain, lebih baik pemimpin2 yang bersatu walaupun berlainan ideologi untuk membangunkan rakyat.. kalau nak cakap pasal ekonomi.. henti-hentikan jer lah sistem kapitalisme ni.. Ikut cara ekonomi Islam, selesai cerita.. itupun kalau hati2 mareka benart2 ikhlas.. Ada rakyat yang berkesedaran dah muak lah dengan gelagat cendawan-cendawan poltik ini dek selalu bermain dengan isu remeh temeh.. Cubalaqh kembali segala permaslahan pokok.

    Klu ckp pasal akhlak, lihat pada agama.

    Cakap pasal harga barang, lihat sistem ekonomi

    Cakap pasal bersatu-padu, ajarlah sejarah sebenar (bukannya propaganda macam buku teks sekolah)

    Bosan sungguh...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...