Sabtu, Disember 11, 2010

MASIH BODOHKAH KITA ?


Oleh: WFAUZDIN NS
BAYANGKAN di dalam kepala otak kita gaji Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail adalah mencecah RM 425,000 sebulan iaitu menghampiri setengah juta sebulan. Setahun pendapatannya mencecah RM 5.1 Juta (sumber: Harakah). Bukan kita merasa dengki atau iri hati, bahkan kita berbangga kerana beliau adalah anak Melayu berugama Islam.

Tetapi mengapa ketika beliau sudah menjadi sekaya ini, syarikatnya masih mahu `menghisap darah' rakyat Selangor dengan cadangan kenaikan kadar takrif air? Mengapa sekarang setelah Kerajaan Negeri Selangor bertindak mahu mengambil alih bekalan air di Selangor, maka SYABAS baru sibuk untuk mewujudkan `Tabung Budi' kununnya untuk membela rakyat Selangor? Kenapa dahulu tidak wujudnya tabung ini dan rakyat dibiarkan menderita menanggung bil air yang tinggi?

Usaha Kerajaan Selangor untuk menuntut pengurusan air yang sekarang dikendalikan oleh SYABAS diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri adalah satu usaha atau pengorbanan yang tinggi dilakukan oleh Kerajaan PR Selangor demi untuk rakyat. Walaupun usaha ini mendapat tekanan dan halangan dari Kerajaan Pusat, namun keberanian MB Selangor bersama sokongan rakyat Selangor bangkit pada perhimpunan `Selamatkan Air Kita' memang wajar diberi pujian dan penghargaan.

Memorandum yang diserahkan oleh MB Selangor kepada Istana Negara mahukan agar pengurusan air diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar dapat menjamin pengurusan yang lebih efisyen di samping rakyat dapat terus menikmati 20 meter padu pertama air percuma. SYABAS pastinya bimbang jika usaha Kerajaan Negeri ini berjaya kerana mereka tidak biasa mengalami kesulitan atau kepayahan. Selama ini mereka mewah kerana kehidupan mereka ditanggung oleh rakyat, manakala air dicurahkan dari langit oleh Allah SWT.

Jika Pengerusi SYABAS ini adalah orang Melayu, dan beliau kini menjadi kaya raya sedemikian rupa, apakah ini hasil dari ketuanan Melayu? Siapa pula yang mempertahankan syarikat ini kalau bukan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh parti yang kununnya membela nasib Melayu? Siapakah yang banyak menderita di bawah sana menanggung kos bil air yang tinggi tambahan pula dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula serta barangan lain jika tidak orang Melayu juga? Inikah hasilnya dari ketuanan Melayu?

Ayuhlah, sedarlah diri masing-masing agar tidak selama-lamanya diperbodohkan. Setelah diumumkan kenaikan harga minyak Ron 97, kemudiannya Ron 95 serentak dengan kenaikan harga gas dan gula, maka semalam Najib bersetuju agar kadar takrif letrik juga perlu dikaji untuk dinaikkan. Alasannya, kos sudah semakin tinggi akibat kenaikan harga petrol. Persoalannya, siapakah yang menaikkan harga petrol? Masih bodohkah kita?/wfauzdin.blogspot.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. bukan bodoh .... tapi orang melayu ni 'lambat pikap' (bahasa penang)sebab dah terlampau lama diperbodohkan .hidup hanya untuk nafsu perut dan nafsu bawah perut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya sya setju dgan pendapat kamu..menmg yang sokong umno nie.sbnarnya..ilmu catek...x nmpak lg ke..mna yg btul..dan mna yg slh..yg dpa..taw..aslkan..duit dpat..kononnya..umno..nie..la..duk beri duit..dngar sni yea...klu x de rezeki allah..maka..x..de la..kesenangan..yang umno rasa 2..ingat..duit sumbangan..2 asalnya..duit kita jga...jadi berdoalah..spaya..mreka..ini..dberi petunjuk..dri allah taala...amin..dan wasalam.. :)

      Padam
  2. Saya ada lah rasa musykil. Jika tuan dan barisan berasa kalian dalam perjuangan yang sebenar, boleh terangkan persoalan ni x?

    1) Apa bukti bahawa dia menerima gaji dengan jumlah demikian daripada SYABAS? Bukan kah gaji tersebut dari syarikatnya yang lagi 1? Puncak Niaga klu x silap nama nya? Boleh buktikan melalui urusan audit yang menyatan benar bahawa adanya pengaliran wang keluar dan masuk ke poket beliau? Klu nak cakap sahaja, ramai boleh buat...

    Yang ni tentang pertikaian terhadap Tabung Budi

    1) Konsepnya dari rakkyat ke rakkyat. Jadi x de istiah pun yang SYABAS mak tunjuk baek sebab bantuan tersebut bukannya dari SYABAS tetapi dari rakkat. Mengapa x buat dari dulu? Hmm Tabung Budi ni pun wujud sebab adenya pakej air percuma dari Kerajaan Negeri Selangor. Mana2 rakkyat selangor yang berkemampuan dan hendak membantu, maka pakej itu akan dibberikan semula dan dikumpul untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan. Sebab tuh baru adanya sekarang sbb ade penderma. Dahulu x de pakej macam ni, jadi siapa yang nak derma...

    Jangan lah kutuk orang tanpa selidik dan walaupun dia berlainan ideologi tetapi kkita masih tetap dalam persaudaraan Islam. Allah x pandang pun kebaikan tuh dari parti politiknya...

    Walllahu a'lam

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...