Oleh Mohd sayuti Omar
SETIUSAHA Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail meminta orang ramai memahami keadah operasi ataupun fungsi laman web bebas WikiLeaks sebelum terus menerima pakai setiap apa yang didedahkah oleh laman berkenaan.
Katanya menerusi kenyataan akhbar yang disebarkan kepada umum malam tadi, WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai.
Jelasnya, orang ramai bebas untuk menghantarkan apa-apa jenis maklumat, jadi ada maklumat datang dari kajian terperinchi dan ada juga hanya rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomatik.
Mengenai pendedahan maklumat mengenai Malaysia katanya adalah maklumat yang dipetik dari komen-komen pengunjung blog berkenaan.
Misalnya laporan yang dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald termasuk mengenai penglibatan Anwar Ibrahim dalam kes sodomi adalah dipetik dari komen-komen umum di blog berkenaan.
"Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam Asean, Jepun, China dan India," katanya.
Untuk memahami aktiviti laman berkenaan dengan lebih dekat lagi bahawa catatan itu adalah pandangan peribadi yang disensasikan, beliau meminta orang ramai meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang didedahkan oleh WikiLeaks yang terkandung dalam kabel yang sama merakam percakaan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura dan tidak kepada isu Anwar semata-mata.
Beliau memberi contoh bagaimana kenyataan atau percakapan Bilahari Kausikan pada satu mesyuarat September 2008 telah memberi tahu Timbalan Setiausaha AS, David Sedney bahawa; "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina akan meninggalkan Malaysia dan menyusahkan Singapura.
Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata Bilhari masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa, Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa.
Hurai Saifuddin lagi, selain itu percakapan itu juga secara jelas mengaitkan penglibatan Najib dalam skandal pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Sharibu, dan berpendapat Najib Razak terancam diebabkan kes pembunuhan itu.
Selain itu menurut Saifuddin juga menurunkan contoh satu lagi rakaman menerusi kebal diplomatik mengenai bagaimana Peter Ho pada Mac 2008 telah mengutuk Dr Mahathir Mohamad sebagai melempar batu sembunyi tangan kepada penggantinya, Abdullah Badawi.
Justeru kata Saifuddin kebal sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim peru dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya dengan komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia.
Tegas Saifuffin mengambil pendirian pandangan tersebut - termasuk pendedahan mengenai Anwar yang didedahkan adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta.
Untuk berlaku adil kepada semua pihak, tegas Ahli Parlimen Machang itu, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka, jika tidak perdana menteri, Najib Razak sendiri yang kena berhempas pulas untuk menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung dalam kabel sulit yang sama yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," jelasnya
http://msomelayu.blogspot.com/
DD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...