Ahad, Disember 05, 2010

SECARA STATISTIKNYA,BN HANYA BERMIMPI MERAMPAS NEGERI PAKATAN



Secara umumnya,UMNO dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor,Pulau Pinang,Kelantan dan Kedah.Selain itu,hakikatnya kerajaan Perak juga sebenarnya perlu berusaha menawan negeri Perak kerana baru-baru ini,mereka menguasai negeri tersebut melalui pintu belakang dan bukan melalui keyakinan rakyat.


Belum naik sudah ditolak

Hanya UMNO,parti lain sudah menyerah kalah

Inilah hakikatnya.Perjuangan BN sekarang untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat hanyalah melibatkan UMNO semata-mata setelah parti-parti komponen lain masih gagal mengikut arus dan rentak politik tanah air pada masa kini.Lihat sahaja MCA yang masih terpalit dek masalah dalaman,MIC pula seolah-olah sudah hilang bisanya,malah pengganti Samy Vellu,Senator Datuk G.Palanivel juga telah diketahui umum sebagai tidak berkaliber, malah ditolak sendiri oleh pimpinan UMNO dalam PRK Hulu Selangor dahulu.Seterusnya,parti-parti komponen seperti Gerakan,PPP dan lain-lain juga telah lama tenggelam dalam arus politik negara.

Benar UMNO telah berkeseorangan.Oleh kerana itulah,peranan Perkasa dilihat kena pada masanya dan menjadi regu utama UMNO buat masa ini.Malah,penulis meramalkan berkemungkinan Datuk Ibrahim Ali bakal bertanding di Pasir Mas sebagai calon bebas mesra BN ataupun dibenarkan bertanding atas tiket BN sebagai ahli bersekutu.Selain itu juga,Ketua Wira Perkasa juga berkemungkinan besar menjadi calon UMNO bagi Dun Taman Medan mahupun Seri Setia di Petaling Jaya Selatan.


UMNO dilihat begitu bersungguh untuk menguasai Selangor dalam PRU 13 memandangkan Selangor adalah negeri yang terkaya di Malaysia.Apa yang nyata,muka-muka baru bakal dibawa masuk ke Selangor seperti Ezam Mohd Nor dan dijangka Datuk Seri Noh Omar bakal dibawa ke Dun dalam PRU 13.Persoalannya, adakah penjenamaan semula secara besar-besaran UMNO di Selangor itu bakal menjatuhkan kerajaan Selangor pada masa ini?


Realiti Undi di Selangor dalam PRU 12

Bagi menilai harapan UMNO untuk menembusi Selangor dalam PRU 13 nanti,oleh itu asas-asas undi PRU 12 juga perlu dijadikan ukuran.Berikut diperturunkan kedudukan kerusi Dun dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2008 mengikut parti:

Secara perinciannya lagi,dapatan undi di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

LAMPIRAN SATU SABAK BERNAM-SELAYANG

LAMPIRAN DUA GOMBAK-PUCHONG

LAMPIRAN TIGA KELANA JAYA-KAPAR

LAMPIRAN EMPAT KLANG-SEPANG


KEPUTUSAN PENUH

Secara umumnya,kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor pada ketika ini adalah 35 buah kerusi (pecahan PKR 14,DAP 13 dan PAS 8) manakala Barisan Nasional pula mempunyai 20 kerusi, ditambah kerusi Bebas yang mesra BN iaitu Adun Pelabuhan Klang (PKR) yang keluar parti di mana pecahan kerusi BN adalah 18 untuk UMNO dan 2 untuk MCA.

Secara puratanya,undi popular Barisan Nasional di Selangor menjunam teruk di mana mereka hanya mendapat sokongan 43.4 peratus undi popular sebanyak 498 735 undi manakala Pakatan Rakyat pula memperoleh keseluruhan 649 945 undi yang membentuk keseluruhan 56.6 peratus,satu jarak undi yang agak selesa.Majoriti perbezaan undi BN dan PKR pula melebar dalam lingkungan 151 210 undi.

Persoalannya,bagaimanakah Barisan Nasional yang dikatakan bersungguh-sungguh mahu menguasai Selangor sedangkan mereka perlu mencari baki sembilan lagi kerusi Dun bagi membentuk majoriti mudah di Dun Selangor dalam pilihanraya umum ke 13?Oleh itu,peluang semestinya terarah kepada kerusi-kerusi Pakatan Rakyat yang dimenangi dengan majoriti kurang seribu undi.Berikut diperturunkan senarai kerusi tersebut:


1. N4 Sekinchan
DAP - majoriti : 190

2. N10 Bukit Melawati
PKR - majoriti : 297

3. N52 Teluk Datuk
DAP - majoriti : 698


Walaubagaimanapun,jumlah sembilan lagi kerusi itu juga agak mustahil untuk dicari memandangkan hanya ada tiga buah kerusi sahaja yang dimenangi PR dengan undi bawah 1000 undi majoriti.Pun begitu,adakah BN yakin mampu menawan kerusi-kerusi majoriti Cina dan India ini setelah mereka saban hari menyakiti hati masyarakat bukan Melayu dengan kenyataan dan tindakan bersikap perkauman?Oleh itu,secara umumnya kawasan-kawasan tersebut bukan sahaja BN bakal tewas di sana,malah berkemungkinan kalah dengan margin undi yang lebih besar.

Katakanlah,BN mahu bersikap optimistik dengan kebolehan menawan tiga Dun berkenaan.Oleh itu,mereka memerlukan ENAM buah lagi Dun untuk membentuk majoriti mudah.Justeru,berkemungkinan besar BN akan melihat kepada kawasan-kawasan yang dimenangi PR dalam majoriti kurang daripada 2000 undi termasuklah Ijok (1920),Bukit Antarabangsa (1381),Cempaka (1048), Kota Damansara (1075) dan Selat Kelang (1459).Itupun BN perlu mencari satu lagi Dun seterusnya berkemungkinan Dun Sijangkang yang dimenangi Pas dengan majoriti 2081 undi.

Apapun,persoalan lain pula timbul,mampukah BN merampas enam kawasan di atas,walhal kawasan tersebut diwakili oleh nama-nama besar Pakatan Rakyat termasuklah Menteri Besar dan Exco iaitu MB Tan Sri Khalid Ibrahim - Ijok,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - Bukit Antarabangsa, exco Iskandar Abdul Samad - Cempaka, Dr.Nasir Hashim - Kota Damansara dan exco Dr.Halimah Ali - Selat Kelang?

Adakah Barisan Nasional mahu bersikap optimis dalam menawan Selangor walhal kita tahu bahawa kajian persepsi politik meletakkan keadaan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dilihat seimbang. Sehingga kini,masih belum dilihat mana-mana anjakan besar-besaran ke arah Barisan Nasional di bawah Najib Tun Razak.Malah,kemerosotan ekonomi negara,kenaikan harga barang dan indeks rasuah yang buruk turut menjauhkan rakyat daripada Barisan Nasional.

Dalam keadaan Barisan Nasional dilihat besungguh menawan kerusi Pakatan Rakyat,apakah jaminan kerusi-keusi mereka terselamat,walhal banyak kerusi yang dimenangi mereka diperolehi dengan majoriti yang cukup rendah.Perinciannya seperti di bawah:


1.Sungai Air Tawar - 123
2.Sabak 117
3.Sungai Panjang 5828
4.Hulu Bernam 3549
5.K.Kubu Baharu 448
6.Batang Kali 2179
7.Sungai Burong 2710
8.Permatang 608
9.Jeram 1476
10.Kuang 517
11.Taman Templer 613
12.Dusun Tua 1963
13.Semenyih 1140
14.Seri Serdang 45
15.Paya Jaras 642
16.Sementa 0
17.Morib 286
18.Tanjong Sepat 2374
19.Dengkil 3367
20.Sungai Pelek 1572

Berdasarkan senarai di atas,majoriti tertinggi yang diperolehi BN adalah di Dun Sungai Panjang,kerusi bekas MB Selangor iaitu Datuk Seri Mohd Khir Toyo manakala majoriti terendah diperoleh oleh Adun Seri Serdang iaitu Mohd Satim Diman dengan kelebihan hanya sebanyak 45 undi.Oleh itu terdapat SEMBILAN buah kerusi yang menjadi cabaran buat BN untuk mengekalkannya setelah menang dengan majoriti kecil iaitu Dun Sungai Air Tawar,Sabak,Kuala Kubu Baharu,Permatang,Kuang,Taman Templer,Seri Serdang,Sementa dan Morib.Dun Sementa yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon UMNO,Datuk Abdul Rahman Palil tempoh hari juga berkemungkinan besar terlepas ke tangan Pakatan Rakyat setelah Parlimen Kapar dan tiga lagi Dun di dalamnya dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoriti yang cukup selesa.Mereka mungkin cuba mengejar SEMBILAN Dun tetapi pada masa yang sama bakal terlepas SEMBILAN Dun yang lain.


DALIL MENGAPA UMNO MUNGKIN GAGAL MENAWAN SELANGOR

Faktor Demografi Pengundi Selangor

Secara umumnya,dalam PRU 12 yang lalu,Barisan Nasional hanya menang di kawasan majoriti Melayu luar bandar yang bertaburan di luar kawasan luar Lembah Klang seperti di kawasan Sabak Bernam,Hulu Selangor,Hulu Langat,Kuala Langat dan Sepang.Itupun dengan majoriti rendah kesan penghapusan kerusi-kerusi Melayu kepada kerusi campuran satu masa dahulu.

Pakatan Rakyat pula menang di hampir kesemua kawasan Melayu bandar dan kawasan campuran, membuktikan bahawa golongan elit dan terpelajar Melayu dan pengundi bukan Melayu telah menolak UMNO secara jelas di Selangor.Malah di kawasan majoriti Cina di Petaling Jaya,Melayu di Shah Alam dan India di Klang telah menunjukkan UMNO ditolak secara total malahan hanya menang satu di Sementa,itupun kerana menang tanpa bertanding.Ternyata,sokongan seperti ini masih tidak berubah secara jelas,oleh itu impian BN untuk menang di Selangor kabur jika tidak menguasai tiga kawasan utama ini.


Sikap Perkauman Punca BN bakal bungus

Semasa PRU 12,BN ditolak di Selangor dan seluruh negara oleh pengundi bukan Melayu,bukanlah disebabkan faktor perkauman dan racism tetapi lebih kepada kelemahan dan ketirisan dalam pentadbiran Barisan Nasional.Walaubagaimanapun,sikap BN yang seperti gila talak selepas mengalami kekalahan mula menabur peluru perkauman sempit yang mana mereka kira laku untuk menarik undi Melayu setelah mereka yakin undi Cina dan India tidak banyak berubah.Apapun,tindakan itu ternyata silap apabila dalam PRK Hulu Selangor sahaja,swing undi Cina meningkat kepada 70 peratus,mencerahkan harapan Pakatan Rakyat menembusi Dun Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu.

BN sebenarnya sudah silap strategi.Adakah mereka fikir konsep 1 Malaysia akan berjaya setelah konsep 1 Ketuanan lebih mendominasi sentimen BN terhadap pengundi masa kini?Oleh itu,ternyata Perkasa yang didokong BN bakal menjadi senjata makan tuan sahaja selepas ini.


Kenaikan Harga Barang dan Prestasi Ekonomi

Pastinya dua isu besar ini bakal menjadi undi penentu Melayu Bandar dan orang Cina dalam PRU 13.Melayu bandar,golongan pengundi berpendapatan sederhana adalah golongan yang agak terkesan dengan kenaikan harga barang memandangkan kos sara hidup yang membebankan masa kini menghantui hidup mereka.Kenaikan harga petroleum,gula,diesel,gandum dan roti amat terkesan memandangkan perkara tersebut adalah keperluan asas dalam kehidupan seharian.Malah ada jenaka yang berbunyi,kerajaan telah menurunkan harga seluar dalam sehingga ada "barang" lain yang naik.


Pengundi Cina pula diketahui menolak BN kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan lembap.Oleh itu,asas untuk mereka terus menolak BN itu ada setelah kepimpinan Najib semakin menjatuhkan ekonomi negara dengan kegagalan beliau menarik pelaburan FDI di Malaysia dengan berkesan tahun lalu.


Apapun,peluang masih ada buat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bersedia dan berfikir adakah mereka telah memberikan yang terbaik buat rakyat setelah PRU13 dijangka berlaku Mac ini.Persoalannya sekarang,adakah Dun Selangor akan dibubarkan pada tarikh yang sama?Fikir-fikirkan....

Sumber: http://propartiislammalaysia.blogspot.com/








KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Salam Tuan. Jatuhnya Selangor dan P.Pinang, seperti jatuhnya separuh negara kepada Pakatan Rakyat. Malangnya menjadi PM, jika mahu mencatat sejarah melalui situasi negara sekarang. Jika bawah pemerintahan Pak Lah dahulu yang sinonimnya mengutamakan kebajikan rakyat dan mesra penjawat awam pun masih kurang majoriti 2/3 di PRU12. Ini kan pula Mat Monggol yang diketahui terlebih dahulu buruknya moral beliau sebelum dilantik lagi. Setelah dilantik sebagai PM pun seperti semut jatuh ke dalam balang gula atau pelari pecut diberi baton. Tambahan pula para veteran UMNO kini seperti badak berendam atau kerbau patah tanduk. Penipuan, penindasan ekonomi, korupsi dan gejala rasuah mereka yang berleluasa akan menjadi duri dalam daging untuk mereka berhadapan dengan PRU13. Setelah tidak berkesudahan menyusahkan rakyat dengan kenaikkan harga barangan dan keperluan, rasanya Mat Monggol adalah PM dari UMNO yang terakhir dan UMNO sebagai parti pembangkang selepas PRU13 nanti. Insyaallah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...