Khamis, Disember 02, 2010

Selamatkan Bangsa Dengan Islam



MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bukan sahaja amalan ibadat yang tidak menepati ajaran Islam ditolak, bahkan termasuk juga dalam urusan kehidupan diri, berkeluarga dan memerintah negara.

Katanya, segala amalan yang tidak menepati ajaran Islam akan ditolak serta termasuk di kalangan yang menderhakai Allah SWT dan Rasulullah SAW.

“Menderhakai Allah dan RasulNya juga bukan sahaja apabila meninggalkan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Tetapi termasuk juga dalam perkara maksiat besar, menderhakai Allah dan Rasul.

“Apabila memakan makanan yang haram, hasil kerja haram, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, tidak memberi nafkah yang wajib dan juga tidak bermuamalat dalam urusan perniagaan dan sebagainya.

“Begitu juga mentadbir dan memerintah negara tidak mengikut hukum Allah dan Rasul SAW,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Aidilahda di Masjid Rusila, Marang, 16 November lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Allah SWT memerintahkan Nabi SAW yang kasih kepada keluarga dan bangsanya memulakan dakwah menyelamatkan mereka dengan Islam.

Katanya, Islam tidak terikat dengan semangat bangsa dan keluarga kerana Islam menjadi bahtera serta wadah perjuangan hidup yang menjadi jambatan menuju ke hari akhirat.

Menurutnya, perasaan kasih kepada keluarga dan bangsa hendaklah dengan cara menyelamatkan mereka dengan Islam.

Bukannya, kata beliau menjadikan bangsa sebagai aqidah perjuangan yang disamakan dengan kepercayaan kepada Islam.

Dato’ Seri Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam agar berpegang kepada politik Islam yang tidak memisahkan dengan agama.

Ini kerana, katanya musuh-musuh Islam menggunakan senjata lama dengan meniupkan semangat bangsa bagi memisahkan politik daripada agama Islam.

“Hari ini kita melihat tanda-tanda kesedaran kembali semula kepada Islam, sehingga berlakunya seruan kebangkitan semula umat Islam.

“Maka, musuh-musuh Islam sekali lagi menggunakan senjata lama yang menjatuhkan kerajaan Islam.dengan menyebarkan semula ajaran memisahkan politik daripada agama Islam dan meniupkan semangat bangsa menjadi aqidah perjuangan.

“Kejatuhan kerajaan Islam yang hebat suatu ketika dahulu kerana mereka meninggalkan politik Islam dan cara hidup Islam dan menganut fahaman kebangsaan masing-masing,” tegasnya.

Menurutnya, semangat ibadat haji dan hari raya Aidiladha perlu dihidupkan dengan semangat menyelamatkan bangsa dengan Islam.

Bahkan, katanya menyatukan umat dengan Islam serta memperkasakan umat dengan mendirikan semula kerajaan Islam mengikut cara al-Quran dan petunjuk Rasulullah SAW.

Selesai menunaikan solat sunat Aidladha, Ustaz Abdul Hadi melakukan penyembelihan qurban sebanyak lapan ekor lembu di Rusila, Marang.

Manakala, sebelah petangnya beliau menyembelih seekor lembu besar yang berharga RM11,200 seekor di Taman Safiah Murni, Bukit Payung, Marang.

BO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
    Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
    Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

    BalasPadam
  2. Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS,PKR dan DAP bukan gabongan macam BN tetapi adalah sekadar pakatan untuk menjatuhkan UMNO/BN yang telah 5o tahun memnerentah secara rakus salah guna kuasa dan mengadaikan hak orang Melayu.Pakatan politik antara parti untuk belawan dengan parti yang besar adalah harus.Kalau Pas ,DAP tau PKR bertarung seorangan sudah tentu UNMO/BN akan terus menang dan mudah bagi UMNO ini akan mengakibatkan UMNO/BN akan terus berkuasa dan terus menzalimi Rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan segala peyelewengan kuasa.Tetapi kalau berpakat 3 parti lawan UMNO/BN yang bergabong dan yang di lihat kuat belum tentu mereka boleh Menang mudah.Contohnya Sebatang kayu untuk mencunkil batu yang besar belum tentu berhasil tetapi sekiranya tiga batangkayu yang belainan jenis di ikat dan di guna untuk mencunkil batu besar tersebut sudah tentu membawa kesan pada batu tersebut.Inilah sifir politik yang mudah.UMNO/BN cukup gerun dengan Pakatatan sebab kekuatan tiga parti yang berlaian ber pakat tetapi bukan bergabong di ikat dalam satu Pakatan sudah tentu boleh mengubah keadaan.Dan sudah tentu boleh merubah sinario politik Malaysia.UMNO/BN hanya tingal satu cara saja ia untuk menngagalkan proses perubahan yang mejejaskan kedudukan mereka ia itu Pecahkan Pakatan Rakyat supaya kembali pada asal ia itu PAS.PKR dam DAP berjuang secara bersenderian.Sebab itu berbagai isu di timbulkan bagi melagakan 3 parti Pakatan Rakyat untuk terus berpakat.Sekiranya Pakatan berpecah maka UNMO/BN akan terus Menang.Simple Politik!!!

    BalasPadam
  3. Soal maruah soal perinsip soal negara islam di ketengahkan adalah merupakan ajenda untuk menhasut peyokong supaya keliru dan Pakatan berpecah.Bila pakatan Pecah dan berjuang sendirian UMNO/BN akan terus menang rakyat terus jadi mangsa.Oleh itu hentikan lah pihak yang cuba ujudkan isu supaya pakatan Berpecah.It will newer work Rakyat dah masak dengan Politik melainkan yang di kampong yang masih cetek politik mereka hasil dari jarum UMNO/BN untuk menakok di air yang keroh.

    BalasPadam
  4. Katakan UMNO lebih bermaruah dalam memperjuangkan Melayu.Keluar dari BN dan berjuang bersendirian bolehkah ianya bertahan lama.UMNO kuat sebab BN dan mudah mengalahkan mana mana Parti Pembangkang secara bersendirian.TETAPI UNMO/BN jadi gerun terus tidur tak lena bila lihat PAKATAN tiga Parti Menghadapi mereka...Belum betempur UMNO dah Cair sebab itu isu perkauman di mainkan bukannya soal dasar pemerentahan yang di utamakan bagi Orang melayu tidak sokong Pakatan.Apakah kalau Semua kerusi parliment Majoriti Melayu UMNO dapat menang tetapi semua kerusi bukan Melayu kalah pada bukan Melayu maka negara ini akan stabil..ekonomi negara akan terus maju,Rasuah dan segala penyelelewengan akan selesai Oh tidak.Selagi UMNO/BN memegang kuasa selagi itu Rakyat semua kaum akan di tindas.Oleh itu soal maruah tidak timbul lagi ..soal perubahan yang perlu di utamakankan.Rakyat mau yang terbaik di di pimpin oleh pemimpin yang tidak korrup!!!!!dalam negara yang telah Korrup di koruupkan oleh UMNNO/BN.Apakah Maruah boleh di tukar ganti dengan rasuah!!!!!Peyelewengan.Jawap wahai rakyat Malaysia.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...