Sabtu, Disember 25, 2010
Slogan 1 Malaysia Berhantu?
Oleh Mohd Sayuti Omar
MUHYIDDIN Yassin kata kerajaan Selangor takut kepada logo 1 Malaysia kerana ianya mendapat sambutan ramai. Sebab itulah kerajaan Selangor larang logo berkenaan dipasang di negeri berkenaan. Muhyiddin boleh membuat telahan begitu kerana ia menguntungkan Umno. Bila cerita itu disebarkan ia memberi gambaran slogan 1 Malaysia mendapat perhatian rakyat. Politik akan mengeksploitasikan apa saja termasuk tanah, air, api dan angin.
Saya tidak fikir kalau kerajaan Selangor takut kepada logo berkenaan. Tidak ada sebab untuk merasa takut. Ia sebuah logo saja tidak lebih dari itu. Ramai pun rakyat Malaysia termasuk pemimpin UBN sendiri tidak faham dengan tujuan dan makna logi demikian. Jadi kenapa ianya harus ditakuti kepada sesuatu yang tidak ada apa-apa erti?
Sebaliknya kalau logo itu membawa kesan dan natijah baik ke atas UBN maka wajar kalau kerajaan Selangor takut dan gerun kerana ia boleh menganggu kerajaan Selangor hari ini.
Teapi semua pihak sedar bahawa 1 Malaysia hanya sebuah slogan saja. Ia sama saja dengan slogan atau laungan kata-kata peransang yang dilaungkan penonton bola sepak kepada pasukan yang mereka suka. Kalau Kelantan, "gomo Kelantan gomo" kalau Terengganu "peteh Terengganu Petah".
Begitu juga dengan slogan 1 Malaysia. Ia slogan ataupun laungan Najib untuk mengejutkan para hadirin yang mengantuk atau pun layu semasa mendengar ucapannya. Ia sebuah jenama Najib bagi mengganti Wawasan 2020 atau Islam Hadhari yang menjadi sebutan sebelum ini. Kalau Islam Hadhari tidak memberi apa-apa impak dan makna, nah begitu juga dengan slogan 1 Malaysia.
Jadi tidak logik kalau kerajaan Selangor takut dengan slogan berkenaan seperti mana kata Muhyiddin itu. Takut kepada sesuatu tidak diketahui asal usul dan kesannya, takut yang tidak ada asas.
Adapun larangan itu bagi saya, yang saya nampak ialah kerana ia menganggu alam sekitar. Apa lagi kalau billboard itu dipasang di persimpangan jalan sehingga menganggu pemandangan pemandu ianya merbahaya.
Kalau pun kerajaan Selangor ada melarang pemasangan papantanda 1 Malaysia bukan kerana ianya ditakuti tetapi kerana masalah tadi, mencacatan keadaan sekitar dan menganggu pemandangan orang ramai.
Misalnya kalau papan tanda itu dipasang di taman rekreasi bukankan ia menganggu pemandangan umum. Orang ke taman rekreasi untuk melihat keindahan alam sekitar tiba-tiba tergerugup pula papan tanda 1 Malaysia menutupi pemandangan. Tidakkah sakit mata dibuatnya?
Bagaimana pun kerana faham dalam politik. Apa saja keadaan ianya diambil kesempatan. Politik tidak pernah berkata jujur melainkan penuh dengan tipu muslihat tidak kira ianya keluar dari halkum siapa. Misalnya kalau isteri Naijib atau Muhyiddin terjatuh di mana-mana jalan di Selangor, Muhyiddin dan Najib akan terus salahkan mengatakan jalan di Selangor buruk dan huduh. Itulah politik. Yang penting apa saja keadaan dan isu akan memberi untung kepada pihak yang menimbulkannya.
Satu hal yang lain kita mahu tanya Muhyiddin dan Najib apakah mereka juga akan bersedia untuk memberi ruang dan tempat dan tidak melarang sekiranya Pakatan Rakyat ada memasang banner ataupun apa-apa papan tanda slogan mereka di dalam negeri-negeri kepunyaan UBN? Saya tidak mahu menjawab tetapi biarlah penjenguk blog ini menjawabnya.
Saya sangat berharap agar ada sesiapa yang mengambil gambar membuktikan bahawa ada terdapat apa-apa slogan atau papan tanda Pakatan Rakyat di negeri-negeri dikuasai UBN? Jadi kalau Muhyiddin atau UBN juga tidak bersedia membenarkan bumi mereka yang dipinjamkan Allah untuk membenarkan Pakatan Rakyat meletakkan simbol atau slogan mereka, apa nak hairan kalau Selangor berbuat demikian?
Kesimpulannya di pagi yang cerah dan diharap akan cerah sampai ke esok, ialah... tuduhan Muhyiddin yang kerajaan Selangor itu takut adalah tuduhan atau cakap-cakap untuk menggaru mulut yang gatal saja, tidak lebih dari itu. Pembelaan Muhyiddin kepada slogan 1 Malaysia itu juga hanya di luar saja sedangkan hakikatnya beliau sendiri menjueh mulut kepada slogan berkenaan.
Bukankah Muhyiddin yang menyokong pandangan Mahathir yang mengatakan orang tidak faham dengan 1 Malaysia? Mat Masllan benar-benar ingat apa yang diperkatakan Mahathir itu. [wm.kl.8:00 am 24/12/10]
DD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...