WarkahDaily – Tak sangka aku, ramai bebenar ahli kabinet Najib tergolong dari orang yang tak cerdik. Inilah akibatnya bila melantik orang yang tak reti dan bodoh jadi menteri dan Timbalan Menteri, mulalah meracau dan merapu tak tentu pasal.
Tanpa disedari, tugas yang sepatutnya depa yang buat, duk tolak kat orang lain pulak dah. Nak kata memang depa tak tahu apa sebenarnya tugas depa atau sengaja buat bodoh dan tak tahu, itu depa punya pasallah tapi depa ingat rakyat sekarang dah senang nak diperbodohkan macam dulu-dulu.
Rupa-rupanya mereka ini lupa sekarang ni dah masuk alaf ke 21. Hangpa tak sedaq ka wahai pak-pak menteri?
Alkisahnya macam ni, seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berpangkat Ketua Penerangan Umno yang berfikiran seperti budak sekolah telah membodohkan dirinya sendiri apabila tak pasal-pasal mencabar negeri Pakatan Rakyat (PR) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan menurunkan harga barang termasuk harga petrol.
Woi, apa lawak bangang yang hangpa buat ni wahai pemimpin Umno? Hangpa ingat orang lain bodoh macam kamu ke boleh terima apa yang kamu cakap.
Mai sini nak cakap, hang tau tak tugas siapa yang turunkan harga barangan dan petrol tu? Macam manalah orang macam hang ni boleh terpilih jadi Timbalan Menteri? Patutlah Pengerusi ANAK ajak berdebat pasal Felda, sampai sekarang jadi pengecut.
Harakahdaily - PAS menyifatkan cabaran Datuk Ahmad Maslan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan sebagai 'alasan' setelah gagal memberi penjelasan kenaikan harga barangan yang dituntut rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepatutnya memberi jawapan yang baik dan bukan mengalihakan isu tersebut dengan membuat cabaran kepada Pakatan Rakyat.
"Masyarakat mengharapkan jawapan yang baik dari Timbalan Menteri, tapi malangnya jawapan Ahmad macam budak tak sekolah.
"Semua orang tahu, kuasa beri subsisdi untuk menurunkan harga barangan ini bidang kuasa kerajaan pusat bukan kerajaan negeri," katanya kepada Harakahdaily.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno dalam kempennya di Tenang hari ini dilaporkan mencabar negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan menurunkan harga barang termasuk harga petrol.
Menurutnya, empat negeri Pakatan Rakyat itu dicabar mencari sumber kewangan bagi memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.
Beliau dipercayai membuat cabaran itu ekoran tidak senang duduk dengan isu kenaikan harga barang yang dicanang jentera kempen Pakatan Rakyat di Dun Tenang.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata cabaran Ahmad itu juga menunjukkan kelemahan kerajaan BN yang seolah-olah telah mengaku tidak dapat menurunkan harga barangan yang kini sedang ditanggung rakyat.
"Sebab itu Pakatan Rakyat tonjolkan Buku Jingga, kita mahu kaji semula pembayaran RM19 bilion subsidi gas kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk disalurkan kepada subsidi rakyat.
"Kalau nak suruh Pakatan Rakyat turunkan harga, berilah peluang pada Pakatan Rakyat Perintah Malaysia, kita tengok dalam masa 100 hari Pakatan boleh buat atau tidak," katanya.
warkahdaily
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
walaupun ramai namun bukan semua kan
BalasPadamTerkini : Cara Mengesan Lelaki Itu Teruna Atau Tidak
bodoh dan buta hati...
BalasPadamWALAUPUN BUKAN SEMUA TAPI SKIITTT SHJ YG CERDIK. KLAU DLM PRSIDANGAN X DE 3/4 X JADI.. PIKIR2 KAN..
BalasPadamhahah... punya buduh, UMNGOK tol
BalasPadam