Khamis, Januari 27, 2011
Pecah Rekod Beb!!! : 623 anak luaq nikah
KUALA TERENGGANU – Amat menggerunkan apabila jumlah kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan mencatat angka cukup besar, melebihi 600 orang sepanjang tempoh 2010 di negeri ini.
Melalui statistik Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Terengganu, anak luar nikah atau diistilahkan sebagai anak tidak sah taraf itu paling banyak berlaku di daerah ini melalui pendaftaran paling tinggi iaitu 188 berbanding di daerah lain.
Pengarahnya, Ghazali @ Suhaimi Muhammad mengakui, apa yang mengejutkan juga, kebanyakan kes paling tinggi berlaku dalam kalangan mereka yang berketurunan Melayu.
“Bagi pihak JPN, sudah menjadi tanggungjawab jabatan, setiap orang yang lahir perlu didaftarkan,” katanya.
“Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan di Pejabat JPN, Wisma Persekutuan, di sini, semalam.
Berdasarkan statistik pendaftaran anak tidak sah taraf itu, Besut mencatat pendaftaran kedua tertinggi iaitu sebanyak 102 orang, Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Kerteh dan Al-Muktafi Billah Shah masing-masing 23 dan 28 pendaftaran.
Mengulas lanjut, Ghazali berkata, anak yang tidak sah taraf akan dibin atau dibintikan dengan nama Abdullah dalam sijil kelahiran.
“Biasanya sijil kelahiran anak tersebut tidak mempunyai maklumat ‘bapa’ tetapi ada kes tertentu yang meletakkan maklumat ‘bapa’ dan perkara ini tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957, bagaimanapun nama anak tetap dibin atau dibintikan dengan Abdullah.
“Ramai tidak tahu mengenai akta ini dan ada yang menyalahkan JPN, seolah-olah kita tersalah bin atau bintikan anak tersebut memandangkan maklumat bapa tertera dalam sijil berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, terdapat juga pendaftaran sijil kelahiran anak tidak sah taraf berlaku dalam kalangan warga asing yang melahirkan anak mereka di negeri ini.
“Sekiranya yang melahirkan anak itu adalah warga asing, mereka perlu mendaftarkan kelahiran di JPN dan harus dijelaskan di sini, sijil kelahiran bukan penentu taraf kewarganegaraan seseorang, sesiapa pun kena berdaftar,” katanya.
Sementara itu, Ghazali turut berharap kelahiran anak luar nikah dapat diatasi melalui kerjasama pelbagai agensi supaya ia tidak merebak atau menjadi penyakit masyarakat.
SH
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...