Isnin, Januari 24, 2011

Chua Soi Lek: Tanya Din Kenapa Isterinya Pakai Tudung,Kenapa Isteri Jib Tidak?

Oleh Mohd Sayuti Omar

SOAL kenapa 'Shopia Loren' (Islam) tidak bersalam dengan lelaki bukan muhram rasanya sudah difahami sedalam-dalamnya oleh pengundi beragama Islam di Tenang, Johor. Sepatutnya perkara itu tidak menjadi masalah. Adalah menghairankan kenapa pemimpin Islam dalam UBN tidak menjelaskan perkara itu kepada Chua Soi Lek atau Ng Yen Yen atau mana-mana pemimpin kafir yang jahil murakab mengenai Islam.

Kafir ertinya makhluk yang enggan beriman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks Islam mereka yang enggan beriman kepada-Nya tidak akan memasuki syurga sehinggalah ia mengakui akan keagungan Allah.



Normala Sudirman calon Pas di Tenang adalah orang Islam yang mengambil berat kepada perintah agamanya. Jadi sebagai orang Islam dia wajib patut kepada peraturan dan hukum hakamnya. Mereka yang tidak mematuhi kepada hukum hakamnya bermakna ia tidak memathui hukum yang diturunkan Allah. Munafik. Sebenarnya juga menjaga aruat diri lebih penting dari menjadi calon dalam pilihan raya.

Jadi kalau Normala tidak bersalam dengan lelaki bukan disengajakan tetapi ia adalah perintaha Allah dan larangan agamanya. Sepatutnya hakikat ini difahami dan tidak mudah untuk mengecerkan kejadian itu sebagai isu dan modal politik murahan.

Johor adalah negeri yang kuat agamanya! Ewah.... Semua rakyat di negeri itu diwajibkan bersekolah di sekolah agama pada peringkat pre sekolah lagi. Ini kehebatan negeri Johor. Saya tidak tahu kalau agama Islam di Johor berbeza dengan agama Islam di tempat lain termasuk di Arab Saudi, Iran, Iraq dan Kelantan.

Rasanya ia sama, sebab Quran dan Hadith yang sama digunapakai sebagai panduan. Tetapi bila Muhyiddin Yassin tidak menegur Chua Soi Lek yang tidak faham ('jahil zindik') mengenai hukum hakam Islam adalah satu kesilapan dan sesuatu yang tidak patut berlaku. Tindakan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai membiarkan agamanya diratah oleh kafir. Kafir ertinya mereka yang tidak beriman kepada Allah.

Sebelum ini Umno menuduh Pas memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Menjadikan agama sebagai topeng dan sebagainya. Nampaknya kali ini tuduhan itu terbalik kepada Umno. Ke mana perginya Ustaz Seri Ganding untuk memberi petunjuk dan menunjukkan kebenaran kepada Soi Lek. Apa yang Jamil Khir lakukan bila Soi Lek mempersoalkan hal itu? Apa sudah dihalal dengan duit ke?

Orang Cina Johor termasuk Chua Soi Lek tidak sepatunta mempersoalkan kenapa Normala tidak bersalam dengan jantan bukan muhram. Tetapi dia sepatutnya mempersoalkan kenapa Puan Sri Noraini isteri Muhyiddin memakai tudung. Beliau kena tanya Noraini atau Muhyiddin sendiri. Ada perbezaan di antara isteri Timbalan Perdana Menteri, Noraini dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Rosmah tidak pakai tudung. Noraini pakai tudung. Ini yang perlu Soi Lek tanya dulu baru dia boleh persoalkan kenapa Normala tidak bersalam. Belajarlah mengenali Islam dari hal Rosmah dan Noraini ini. Belajarlah menghormati agam Islam seperti mana orang Islam menghormati agama anda.

Untuk pengetahun Soi Lek atau Yen Yen itu bukan kebetulan. Bukan bermakna kepala isteri Muhyiddin botak dan dia mahu lindungi dengan bertudung dan kepala Rosmah tidak botak maka dia tidak perlu pakai tudung dan boleh lowos begitu saja. Pemakaian tudung itu juga bukan fesyen tetapi tuntutan agama yang diyakninya. Soi Lek dan Yen Yen kena tahu ini. Malanglah kalau hidup bersama orang Islam berabad-abad tetapi masih jadil mengenai adat Melayu dan adat agama.

Dalam agama Islam berzina, bermukah adala berdosa. Ia berbeza dengan agama Soi Lek yang boleh berzina dengan sesiapa saja. Hak asasi yang Soi Lek sebagai manusia tidak boleh disamankan dengan hak seorang muslim. Misalnya Soi Lek boleh melakukan seks di mana-mana dia suka dan rakam dengan video. Tetapi perbuatan begitu tidak boleh bagi orang Islam.

Begitu juga Soi Lek boleh minum arak, makan babi, masak atau mentah, tetapi orang Islam tidak boleh, haram.

Soi Lek atau mana-mana bukan Islam kena faham keadaan ini. Jangan kerana menerima slogan 1 Malaysia maka kita hendak samakan apa yang kita boleh lakukan atau apa yang kita makan kita juga beranggapan orang lain boleh berbuat begitu. Jangan.. kerana kita boleh makan babi kerana tidak loya, maka kita hendak ajak orang tidak boleh makan babi makan sama.

Kejahilan Soi Lek mengenai soal bersalam dengan bukan mahram ini sepatut diajar oleh orang Umno yang Islam. Jangan biarkan Soi Lek mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan. Dan jangan pula kerana isu itu boleh dijadikan modal untuk menang pilihan raya maka dibenarkan. Jangan pula kerana Pas menggunakan agama untuk memang, maka Umno yang mempertikaikan membenarkan juga kerana untuk menang. Mufti yang selalu bercakap itu juga patut buat fatwa khas untuk Soi Lek.

Saya cukup bimbang kerana inginkan kuasa dan mengekalkan kedudukan kita akan membiarkan apa saja tektik dan strategi dilakukan hatta ia bertentangan dan diharamkan Islam. Jangan! Jagalah kesucian agama Islam. Jangan sesekali membiarkan agama kita diperkotak katikkan oleh rakan bukan segama dengan kita. Benar boleh berkawan tetapi kalau kawan jelas mengkhianti kita maka ia perlu diperangi

http://msomelayu.blogspot.com



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. Betul la,UMNO sebagai rakan MCA berilah sedikit tunjuk ajar supaya pemimpin MCA tidak kurang ajar.Mudah saja kan?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama25/1/11 9:37 PG

    Org berbangsa cina kalau di negara lain, mereka cukup hormat dgn adat istiadat. Di Amerika, di Perancis, Jerman, Indonesia atau mana2 negara lain, mereka boleh memahami sosio budaya bangsa di situ malah boleh terikut dgn cara hidup di sana. Mereka turut fasih dalam bahasa kebangsaan negara tersebut.

    Berbeza dgn kita di Malaysia, org berbangsa cina masih tidak kenal cara hidup org Islam. yg paling menyedihkn, org cina yg kelihatan berpelajaran masih boleh mempertikaikn beberapa perkara hak2 org Islam. yg berpendidikn rendah pula tidak fasih berbahasa melayu. Org Bangla yg baru duduk 3 tahun kat Malaysia ni pun lebih fasih berbanding mereka.

    sepatutnya mereka mengkaji dahulu sesuatu perkara sblum mengeluarkan statemen. itu lah cara terbaik utk menunjukkan rasa hormat setelah diberi kedudukan. yg aku nmpk seperti mereka tanpa usul periksa seolah2 sesuka hati mengeluarkan statement tanpa perlu memikirkan ia perlu di ucap atau tidak. ini bukan sikap org berpelajaran. org berpelajaran itu akan mengkaji dan menganalisa sesuatu perkara sblm keluar dgn kesimpulan.

    BalasPadam
  3. mmg sial chua soi lek nie.....umno pon mcm sial...celaka la pemimpin2 umno aku tak halal dunia akhirat...selama mana mereka memerintah....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...