Isnin, Januari 03, 2011

Coli laser Julia Perez di rampas


Penyanyi dangdut, Penyanyi dangdut, Julia Perez atau Jupe, sebelum ini dilaporkan bersungguh-sungguh mahu memakai coli laser bertujuan mengganggu tumpuan pemain Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Rabu lalu.

Bagaimanapun, apabila perlawanan itu berlangsung, Jupe tidak kelihatan di Stadium Gelora Bung Karno. Alasannya, coli lasernya 'ditahan'.

'Saya memang mahu pakai coli laser itu. Lebih-lebih lagi selepas berbelanja berjuta-juta rupiah untuk mendapatkannya. Tetapi coli itu ditahan dan dirampas,' kata Jupe ketika dihubungi wartawan kelmarin.

Selebriti kontroversi itu bagaimanapun enggan memberitahu pihak mana yang menahan coli berkenaan.

'Saya tidak mahu memberitahu. Yang pentingnya, ia ditahan. Tambahan pula, pihak berkuasa sudah memberi amaran supaya tidak membawa laser ke stadium,' katanya.

Kerana coli lasernya ditahan, Jupe terpaksa mengambil keputusan tidak ke stadium.

'Saya tidak ke GBK. Saya kini berada di Medan kerana ada urusan. Jika saya berada di stadium, sudah tentu kamera akan mencari saya, seperti Luna Maya dan Manohara,' kata Jupe.

Jupe pertama kali menyatakan hasratnya memakai coli laser sebagai membalas dendam setelah percaya kononnya pasukan Indonesia kalah dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur Ahad lalu kerana penyokong Malaysia menggunakan laser bagi mengganggu tumpuan pemain negara itu.

Sementara itu, Luna Maya yang turut menyaksikan perlawanan pada Rabu lalu dicaci sekumpulan penyokong Indonesia.

'Dasar bintang porno! Kenapa dia datang,' ejek seorang penyokong pasukan Garuda, lapor wartawan.

Luna Maya, yang terlibat dalam skandal video lucah dengan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham, yang datang dengan beberapa rakannya, bagaimanapun menolak untuk diwawancara dan tidak mempedulikan ejekan itu. -- Agensi.





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...