Jumaat, Januari 07, 2011

FAEDAH MENGINGATI MATI



Daripada Abu Hurairah ra, Nabi bersabda: ‘Perbanyakkan mengingati perkara yang memutuskan kelazatan iaitu mati’

Banyak ingat mati tidak bermakna anda berhenti kerja, mengambil tempat di sudut masjid, membilang biji-biji tasbih sambil menunggu Malaikat Maut datang menjemput. Banyak ingat mati sebaliknya menjadikan anda memahami hakikat hidup dan menjadi manusia hebat di sisiAllah. Di antara faedah banyak ingat mati ialah:


1. Kurangkan rasa tamak haloba mengumpulkan dunia yang tidak bermanfaat untuk Akhirat. Jika kelihatan zahirnya dunia, tetapi ia membawa manfaat untuk Akhirat ia digalakkan.


2. Beri peluang sempurnakan tuntutan Tuhan yang belum selesai dan sempurna.


3. Cari bekalan sebanyak mungkin mengadap Allah.


4. Pendekkan angan-angan dalam perkara melalaikan dari Allah.


Ingatkan mati juga bererti ingat azab kubur dan nikmatnya kerana ia tempat persinggahan pertama selepas mati. Selamat di kubur, di Akhirat lebih mudah. Sengsara di kubur, di Akhirat bertambah berat. Ingatlah tempoh kita berada di alam barzakh jauh lebih lama dari tempoh kita berada di atas dunia.


Khulafa ar-Rashidin-Abu Bakar, Umar, Usman, Ali adalah orang yang biasa menangis di kuburan hingga membasahi janggut. Jiwa mereka lembut tetapi inilah orang yang tegas melaksanakan Islam dan keadilan ketika menjadi khalifah.


Jiwa kita sebaliknya. Tak pernah menangis di kuburan, jiwa kita keras tetapi kita sangat ‘berlembut’ dengan prinsip Islam sendiri sehingga menggadai Islam.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Minta jasa baik tuan admin Biaqpila tukarkan URL lama http://best1of4.wordpress.com
    yang tak boleh digunakan lagi kepada http://bestoneoffour.wordpress.com

    Kerjasama tuan amat saya hargai.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...