Ahad, Januari 16, 2011

Isu azan, imam masjid atau menteri yang menipu?

Masih lagi dengan isu aduan yang dibuat oleh seorang peguam bukan Islam agar suara azan di sebuah masjid kira-kira 1 Kilometer dari rumahnya diperlahankan kerana disifatkan mengganggu tidurnya di waktu pagi. Peguam yang mengaku ahli MCA seumur hidup di dalam surat aduannya itu telah mencetuskan ketegangan sehingga membawa kepada demonstrasi pada hari Jumaat lalu di hadapan masjid berkenaan.

Sebelum ini di dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini, ketua imam masjid tersebut Mahadi Abdullah mendakwa terpaksa memperlahankan laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat, malah hanya menggunakan pembesar suara di dalam masjid semasa khutbah Jumaat berikutan arahan dari pihak atasan [Malaysiakini].


Namun begitu di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan Perdana menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu azan ini sekadar mainan politik pihak tertentu untuk melaga-lagakan umat islam dan orang bukan Islam. Malah beliau mendakwa pihaknya (pihak atasan) tiada mengeluarkan arahan untuk memperlahankan laungan azan di masjid tersebut [Malaysian Insider].



Apa yang menjadi persoalan di sini, terdapat percanggahan antara dua kenyataan imam masjid dan kenyataan menteri di jabatan Perdana menteri. Seorang kata dapat arahan dari pihak atasan untuk memperlahankan azan (imam), manakala seorang lagi mengatakan tiada arahan (Jamil Khir).

Adakah imam masjid sengaja menipu orang ramai ataupun Jamil Khir yang menipu?

Seorang ahli politik yang mempunyai kepentingan di dalam menjaga nama baik Barisan Nasional, manakala seorang lagi imam masjid yang sering kali berulang alik ke masjid setiap hari di waktu pagi dan petang yang tentunya harus dipandang sebagai orang yang beriman sesuai dengan hadis Rasulullah,
“Apabila kamu melihat seseorang pergi dan pulang dari masjid, saksikanlah bahawa dia adalah beriman”
(Hadith Riwayat At Tirmidzi dan Ibnu Majah)




ReJaM© "Bila terdapat dua kenyataan yang bercanggah seperti ini, salah seorang adalah penipu!"


milosuam


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. kaLU MCM TU PUN AKU NK KOMPLEN SKIT...
    ARI TU ADA BRLANSUNG PESTA KEAGAMAAN KAUM NIE....TUUUUT....TUUUTTTTT...
    SIAP BAKAR COLOK...ADA GAK YANG MAIN BAKAR-BAKAR KERTAS... PENUH ASAP.... KAT JALAN... AKU NAIK MOTO SAMPAI TEBATOK-BATOK...
    ADA GAK ASAP SAMPAI MASUK RUMAH... MACAM ORANG SEMBUR ASAP DENGGI JE....

    BalasPadam
  2. AGAK ADA TAK ADUAN AKU NIE DIORANG NAK PANJANG-PANJANGKAN..... MCM ASAP YANG BERLEGAR SEPANJANG JALAN NK KE UMAH AKU.....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...